Wednesday, 6 April 2016

Tips Budget Backpacking ke Bromo Solo. ITENARY BROMO



Sampai kat airport. Aku lepak kat surau airport surabaya ni dulu sebab bas damri yang akan ke terminal bungawasih tu bergerak pukul 5 pagi. sempat la tidur dengan zuhud kat surau airport ni. jimat pun jimat. backpacker la katakan. Surau dia kecik je. campur pulak tu laki perempuan. tapi setakat nak rehat guwa takdak hal. 






Berangkat dari

1.       Airport juanda à Terminal Bungawasih@Purabaya
Bas paling awal: 5 pagi
Masa perjalanan: 45 minit,
Tambang bas:  20ribu

2.       Terminal Bungawasih ke Terminal Probolinggo

Tambang bas: 30 ribu
Masa perjalanan: 2 jam
Bayar tambang masa atas bas
Frekuensi bas: setiap jam

Bas akan berhenti depan terminal. Jangan masuk dalam terminal sbb nanti dorg menipu. 

Pergi kat luar terminal tu nanti akan ada angkut2 kat tepi jalan yg tunggu tourist untuk ke bromo.
Dah sampai probolinggo ni boleh  naik angkut pergi air terjun probolinggo tapi haritu x sempat sebab ingatkan lambat


ni driver angkut aku. aku tunggu sini dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari. hampeh betul. dorang ni tak kan bergerak selagi angkut tu tak penuh


3.       Terminal probolinggoà Bromo


Tambang:- 30k-50k depends nego
Disadvantage:- kena tunggu angkut penuh. Kadang2 kena tunggu sampai 2-3 jam. Haritu sampai terminal pukul 9 tapi tunggu angkut penuh smpai kol 12


Bapak angkut akan suggest guest house yang ada. Kalau nak best amik quest house paling atas contohnye cemara indah dgn pak yog guest house. Sbb boleh nampak volcano dr tepi guest house. Most guest house ada wifi n air panas. Kalau rajin boleh survey sendiri  tapi flat rate dia sama je.
Bayaran 1 malam:- 150k single room
Yog house ni kecik je ada dalam 7 bilik kat situ, toilet kongsi.
Mostly single bed. Wifi n air panas ada.
Susah nak cari kedai makan time malam sebab dorg tutup awal. Bawak la magi ataupun makanan instant lain.
Time petang tu boleh jalan2 sekitar guest house tangkap gambar or jalan2 cari jeep ke bromo pagi esoknya

Harga jeep: 100k





kecik je guesthouse ni macam kandang kambing haha ade katil sebijik dengan meja mekap. jadi la nak landing. lagipun most travellers yang datang bromo  ni stay sehari je lepas tu dorang gerak g tempat lain







Sunrise di Pananjakan. 

Aktiviti ni yang aku paling suka. Actually aku sampai kat guest house tu pukul 3, lepas tu aku g solat dan jalan2 sekitar bromo ni. Pukul 5 aku balik bilik pastu aku tertidur sampai pukul 11 malam. masyaallah. aku bangun, solat2 semua, pastu aku bukak wifi. rupanya tuan hotel dan off kan wifi tu sebab dia ingat semua orang dah tidur. gigih aku gi ketuk bilik tuan hotel dengan taik mata bertepek kat mata aku ni sebab nak suruh dia on balik.
so aku stay up sampai kol 3 pagi. kol 3 pagi je dah dengar bunyi penghuni bilik sebelah bangun bersiap siap nak tengok sunrise. pakcik ojeg pun dah tunggu kat luar. aku pun siap2. 
 cantik sangat masyaallah perjalanan nak naik penanjakan ni. memang gelap gelita. ada lampu ojeg je, pastu aku pandang langit penuh dengan bintang terang. rasa nak menangis.
Pananjakan 1 dan Pananjakan 2. Tak sure mana satu lagi cantik
Pananjakan x de bayaran masuk. 

Sampai ke Penanjakan tu dalam 30 jam, kena naik bukit dalam 1 km sebelum sampai puncak. pastu aku ni dah la gendut tak larat nak naik atas. aku naik kuda. kuda ni pun macam nak mati angkut aku kesian dia. ko nego ngan pakcik kuda ni. ada ke nak ketuk 100 ribu. 














'







Jeep tunggu kat bawah.
Tempat2 ni dalam taman negara bromo. Kena bayar entrance fee
200-300k (depends weekdays/weekend)
Spend la masa dalam 4-5 jam kat sini


Kawah bromo
Savannah
Pasir berbisik
Bukit kingkong
Bukit teletubbies

**hari tu tempat tempat ni tutup sebab eruption

Lepas habis je lepak atas puncak bromo ni, aku gi cari ojeg aku tadi pastu balik bilik sebab aku nak gerak pergi kawah ijen. perjalanan gi kawah ijen ni ambil masa 6 jam. kalau gerak tengah hari nanti sampai ke sana dah malam pulak.

dari guest house nak ke terminal probolinggo kena naik angkut tadi la. harga 50k.




Ada dua pilihan untuk naik public transport/ travel agent. 

Public transport kena naik 3 bas dan 1 ojeg untuk smpai ke kawah ijen.
Aku pilih naik travel sebab aku dah penat sangat. sampai je probolinggo korang mintak angkut ni berhenti kan korang kat depan ofis travel agent ni. haritu aku naik Hans travel/ mitra travel.
Bayaran: 200k untuk 2 ways. memang berbaloi gile sebab termasuk perjalanan dari Probolingoà bondowoso
Plus tour untuk naik kawah ijen malam nanti
Bondowosoà probolinggo

bayaran :150k-200k

Terminal probolinggo ke kawah ijen 
Sampai di bondowoso
Menginap di guest house Catimor

Bergerak dari guest house ke kawah ijen dalam pukul 12 malam
Bayaran masuk: 150k (foreigner)
Total hiking:- 2- 3 jam
Sampai ke kawah dalam pukul 3 pagi
Tengok “Blue fire” dan sunrise. Subhanallah cantik gile. Blue fire ni kalau time hujan nanti tak nampak sangat sebab asap banyak. bawak mask datang sini sebab kandungan sulfur dalam udara tu tinggi dan boleh buat sesak nafas.












]

No comments:

Post a Comment