Saturday 27 April 2013

Percutian Bajet Pulau Perhentian Dengan Kengkawan

Assalamualaikum

2 bulan cuti makan tidur main internet menangis. Neuron kat otak pon dah putus-putus sekarang ni kena bangun pagi pergi wad, kemungkinan besar akan menangis time gosok gigi  dan gosok tudung *padahal tak pernah gosok*

Hari tu kami beramai-ramai pergi bercuti ke pulau perhentian. 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, cuti adalah rezeki. Sebelum pergi,ema tolong contact kan de'penarik untuk deal pasal fast boat dan book kan bilik. So turun je bas dekat jeti kuala besut, ktorang terus pergi ofis de'penarik ni. Meh cek cite sal transport cost.

Bus Ticket dari Hentian Putra, KL ke Kuala Besut (pergi balik) RM 43x2=86 

Fast boat dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian (pergi balik) RM 35x2=70

Tax = RM 5

Accomodation- Chalet The Rock Garden, Pulau Perhentian Kecil- got 2 single beds and a toilet
RM 50/room/night. 


Kitorang duduk 5 orang so seorang bayar RM10. Ini kerana backpackers sejati haruslah tidur berhimpit dan berebut selimut yang dah bergulung di bawah kaki kawan sebelah *kaki kita la tu*

------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAY 1

Dari Jeti, kami menaiki bot ke pulau perhentian kecil, lebih kurang 40 minit. Naik je chalet masing-masing berebut-rebut masuk bilik air nak basuh pasir yang melekat kat seluar. Lepas tu mula la kitorang teruskan ekspidisi berjalan di tepi pantai cari aktiviti apa nak buat selain daripada terlentang kat katil bilik. Kitorang book 2 bot untuk bawa kitorang snorkeling kat 3 tempat. RM30/head..nego nego dengan abang bot dapat la 4 tempat RM30. SHARK POINT, CORAL BAY, TURTLE POINT, TAMAN LAUT. 


First time cuba snorkeling ni. Tak dinasihatkan untuk orang yang cepat panik sebab nanti air laut masuk dalam hidung. Sebab kelam kabut sangat kayuh tangan dengan tarik nafas tak seirama, boleh pulak tertelan makanan ikan time berenang-renang tu. Rasa macam roti gardenia dah luput tarikh maybe tourists sebelum ktorang yang baling kat ikan situ.

Berenang-berenang tiba-tiba nampak kelibat 2 ekor shark, terus kuak lentang berenang patah balik kat bot mehehe padahal shark kat malaysia vegetarian sebab laut malaysia panas. Shark mat saleh makan orang sebab suhu laut sana adalah sejuk di bawah 8 darjah celsius, bak kata abang bot kami.

Sampai tempat ke 4 masing masing tak nak turun sebab dah hypertension tertelan air laut. 

"Tak pe la bang, saya tengok penyu kat youtube je la"

Tu la, orang tamak selalu terbakar lemak sebab berenang. Orang bagi 3, nak 4. Habis kena perli dengan abang bot.








Malam tu lepak dekat tepi pantai..Romantis gitu dengar bunyi ombak tengok bintang di langit sambil minum horlick ais RM4. Mat saleh keliling pinggang ye. Tiba-tiba suasana menjadi riuh rendah. Gwa dengan kawan-kawan lantas membayar bil untuk bergegas ke tempat kejadian. Siaran langsung gossip bersama mak jemah tergendala sebentar.

Rupa-rupanya ada penyu naik pantai bertelur. Tapi orang duk suluh suluh pakai torch light dia pon bertelur sikit je malam tu. Aku ni hah sampai hampir bergaduh dengan orang sana sebab nak tangkap gambar penyu

Makanya, gossip bersambung di bilik. dan tiada siaran ulangan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAY 2

Esoknya ktorang pergi snorkeling lagi..pfttttt.RM45/person for 6 spots. Kali ni semua orang pergi. Siapa pun tak boleh duduk kat bilik. Keseimbangan osmolarity dalam badan gwa terganggu dek kepekatan garam air laut yang lebih tinggi daripada sel badan. Turun kat destinasi pertama dah mabuk laut..Turun destinasi kedua semua dah terdampar kat tepi pantai





Tapi aktiviti yang paling best ialah terjun Light House. Light house ni ada 3 tingkat. Tapi sebab ktorang beginner ktorang terjun dari tingkat 2. Seriously ni macam fear factor. Tak tinggi mana pun tingkat dua ni, tapi bila pandang laut kat bawah tu, "wah gelap gile laut ni"..Sebelum kitorang terjun, ada amoi ni punya turn. tapi punya la lama dia nak buat decision nak terjun ke tak, ada la dalam setengah jam kawan dia siap bagi semangat. ktorang sampai memandang rendah kat amoi ni ek eleh rendah je tu tu pon nak takut sangat ke. Rupanya memang takut beb sampai rasa nak patah balik bilik rock garden yang doif tu, nak tidur je la. Because you never know what lies underneath the water. Misteri habis laut ni. Alhamdulillah, semua berjaya terjun lepas dapat sokongan moral daripada kawan-kawan yang kepoh hihi


Ni Mat, family dia macam buat bisnes bawa pelancong naik bot, so dia yang bawa ktorang naik bot hari tu.


Pergh dek mat macam supersayaan terjun tingkat 3


Deep below the Light House..scary!
 rasa macam dalam sangat padahal masa snorkeling kita semua kat surface air tu je.



ROMANTIC BEACH





Petang-petang tengok sunset, malam tu berjalan kaki ke belakang pulau untuk makan BBQ. Sepinggan RM15 je. Macam-macam ada, ikan yu ada, ikan double yu, ikan ex, ikan why, ikan zack pon ada. Penyu panggang je tak de.






DAY 3

Pagi esok nye pergi mendaki bukit nak tengok Kincir Angin. Ktorang kena bayar RM50 satu trip kat adik mat untuk jadi guide ktorang yang hebat sebab naik bukit tak pakai selipar. *dah habis makan ubat cacing belum?*

Subhanallah, permandangan dia memang superb.





Tengah hari tu dah balik

Akak pun nak jadi supersayyan gak



Aku ni memang tak pandai menulis blog. Ntah2 apa yang aku cerita ni buat orang lagi tak mau pergi sana. Kesimpulannya, pergi lah bercuti di pulau perhentian, sangat jimat, cantik, banyak aktiviti air dan permandangan yang menenangkan jiwa. Cuma jangan lupa pakai sun screen ber SPF infiniti supaya tak kena skin cancer.

~Tamat~
TQ

Monday 22 April 2013

2ne1 and backstreet boys twin tower alive 2013

Assalamualaikum..entry kali ni nak guna kite lah walaupun den ni singular bukan plural.

Salah satu tabiat kite yang tak baik adalah pantang dengar ada konsert free, mencapang terus telinga nak pergi. Tapi satu masalah, there is always contradictions between what i like to do and what i shouldn't do. Sebab pergi konsert tu macam bersuka berlebihan, akan rasa bersalah kerana menzalimi diri sendiri dengan hal keduniaan yang berlebihan.

Padahal dok dalam bilik, sembahyang laju laju pastu terkam internet pon menzalimi diri sendiri jugak. Makanya, tiap kali pergi konsert, esoknya kite akan pergi ceramah agama *bajet boleh cover kesosialan*

Kebetulan, hari sabtu ada twin tower alive, hari jumaat ada program kat UIA Gombak. Kite pon pergi la dengar ceramah Mufti Ismail Menk pasal control la diri bila pakai internet. Selepas lega menghadiri ceramah agama, balik tu boleh la pikir nak pi konsert pakai baju ape, berapa inci kah wedges yang harus dipakai supaya nampak bulu hidung si artis, time bila nak singgah mydin untuk membeli poncho in case hujan dan berpikir cara cara untuk merempuh barisan pertahanan yang datang konsert awal padahal mustahil mohon jumpa saya di ICU dengan buah tangan ferrero rocher selepas ini..

Hari tu pergi dengan adik+housemate lama, blogger cute fatin liyana shii~ tambah shii kerana muke cam awek korea. ngak ada fotonya sama fatin sebabnya shawl dah terkebelakang sampai terkeluar jambul lantaran daripada kesibukan menjengket-jengket kat tepi pagar. Sebab malas nak rempuh manusia manusia, so kitorang duduk agak jauh sebenarnya.


Sampai sana pukul 8.40 gitu tak start pon lagi. Perasaan konsert yang real diserikan lagi dengan efek sampingan bau ketiak bangla. Bangla zaman sekarang telah dihanyutkan dek arus globalisasi dan modenisasi, semua lepak KLCC je hafal lagu BSB. Lepas one nation mc dengan mizz nina performance barulah turn 2NE1.


here are some snapshots


gambar dicuri dari youtube. credit to the uploader. 


Hari tu birthday bommie unnie, my bias. walaupun muka tegang sampai buccinator muscle tersepit, kalau suruh tiup saxofon tak keluar bunyi gamaknya, tapi suara sedap ala ala RnB. Umur 30 tapi garis garis halus tidak kelihatan akibat terlebih makan kimchi dan octopus hidup yang menyedut nyedut sekaligus memberi rawatan refleksologi kepada pipi. Malaysian blackjack nyanyikan Bom lagu birthday. Aku ni haaa terbabit menyanyi dengan semangat mesti suara terrecord dalam kamera minah sebelah. (padahal  minah sebelah kiri adalah atin dan minah sebelah kanan adalah adik)


Pipi yang extra tegang menyukarkan proses meniup lilin atas kek 


Tapi dalam banyak2 member, Dara la paling natural beauty, humble and appreciate fans. Asal datang phillipines je nak makan sinigang tu la yang jadi humble tu. Yang lain macam ala ala Diva sikit.



Backstreet boys performed untuk penutup. Puas hati dah la free lama lak tu dorang nyanyi. Mana mana konsert pon, malaysian crowd ni suka menyanyi, so nampak happening je, tapi kadang-kadang annoying gak rasa nak siku orang sebelah. Pastu orang Malaysia ni suka buang sampah merata-rata.

lap peluh

 



balik je rumah terus bukak twitter nak tengok dak group ni ada tak update pape..see, dara ni comel sangat....






BSB pon siap selca kat klcc, padahal kau artis weh. Comel je berperangai jakun begini tengok klcc.













Wednesday 17 April 2013

Gadjet haul- canon lens, printer, battery and lens filter from lowyat

Assalamualaikum

Daripada kecil, duit yang ada semua dihabiskan beli benda yang perempuan tak beli. Contohnya CD game. Sehari belanja RM 3 sebab kelas sampai pukul 4 petang. Selang 3 hari muka tercongok depan tauke cyber cafe cari game apa yang baru release ye obses sampai mata jadi rabun main komputer game sekarang power spek dah -675. Patutlah duit dalam BSN dah 10 tahun pon tak pernah buat deposit.  

But the obsession stopped once i entered matriculation. Sekarang obses dengan benda lain iaitu DSLR, ni semua pasal terpengaruh dengan TUMBLR dan weheartit.com sebab banyak post gambar cantik. Walaupun nampak macam kaya dan kerek je sebab gantung DSLR kat leher tapi poket kosong sebenarnya hp pon pakai SAMSUNG GT 1080 je jangan kata bluetooth, infrared pon tak de


gambar takde motif

I went to lowyatt the other day. Basically, i'm just trying to share these informations to those yang nak survey best price

1. Canon inkjet printer PIXMA MP287 (RM 185) + modified CISS ink (RM 45)
This is the cheapest i could find. CISS punya ink lagi murah, sebotol RM10. Catridge ink mahal sangat untuk maintenance 

2. Canon lens EF 50mm f 1.8
Hohoho i'm a happy kid after succesfully burnt RM280 on this tiny tool.





3. Lens Filter- UV filter and Circular Polarized Lens (CPL):- package sebab beli lens sekali RM 65 sebab termakan umpan si promoter lowyatt yang hensem! 
adeh, kurang ajar menggunakan kehenseman sebagai taktik perniagaan. CPL tu yang mahal, UV tu RM15 je. Function dia untuk tak nak kasi glare*lens kamera pon ade cataract ke* masa shooting.. tapi sebenarnya lebih kepada nak prevent lens daripada bercalar. 



4. Battery Pack for Canon 550D, RM 80 (NOT ORI)
Original battery, RM 300 +__+




Test power. This lens is superb for bokeh and videography





bye2

Thursday 4 April 2013

Braces part 1- survey dan appointment

Assalamualaikum

Gigi cek ni tak dak la berterabur macam homeless hippie kan, cuma yang gigi atas ni mancung sikit. Hidung kepek, tapi gigi pulak mancung. Jadi la. Sebenarnya dia tak kacau sangat daily function, tak de la tersembur air liur kat muka kawan kawan bila buat presentation kat depan kelas. Cumanya bila pergi trip ke hospital tanjung rambutan dan tidur di khalayak ramai dalam bas dengan kedudukan kepala senget 45 darjah, mulalah air liur meleleh leleh bangun je habis bertompok weh tudung ni haa.

malu le tu nak tunjuk gigi

Lama gak kumpul duit nak  pasang braces, tapi tak cukup2..ada je benda yang rosak kena beli baru. Akhirnya setelah mensurvey klinik braces murah kat area cheras dengan kajang ni, jumpa pon.

meh buat comparison..

1. Klinik kat Bandar Tun Hussien Onn, braces RM5000, belum masuk cabut gigi, xray, and scaling.

2. Klinik Suria Kajang. Dulu memang murah arround RM3500, 2013 ni dah naik pulak RM 4000, xray tak silap RM130, cabut gigi sebiji RM50, scaling harga lain.

3. Klinik Zarin Ampang. Yang ni cek maleh nak call. Tapi orang kata harga dia around RM3500-5000 dan deposit dia murah sikit daripada klinik lain RM 700 dah dapat kot. Cuma disadvantage dia bulatan depan tesco cheras tu suka jem teruk. For sure I will spend most of the time in the car cursing other drivers. Buat tambah dosa je buat ape kan..Sakit dado den daaaa..

4. Klinik Pergigian Aina, Prima Saujana. harga braces RM3800, cabut gigi sebatang RM30.

Last2, buat appointment dengan klinik pergigian aina untuk consultation.

Dr kata kena cabut gigi geraham 4 biji. Tapi bulan kedua baru cabut.

Dr tak buat XRAY pon hari tu, so tak tahu harga dia berapa. Tak expect pulak dr nak pasang haritu, sebab ada satu patient ni cancel appointment.

Buat acuan gigi time tu jugak. Lepas tu polish gigi. Acuan dengan polish TAK KENA BAYAR tau. baik kan. Pasang braces dalam 30 minit je. Lepas siap pakai tu assistant dr suruh tengok cermin, bapak ah burukk! kenapa kawan-kawan pakai nampak sweet je.

Deposit around RM1200-1500.

The power of MONEY. kalau ada duit bila bila pon boleh buat.  Masa pergi consultation kat klinik kerajaan, dr tu siap pujuk tak payah la buat braces, gigi awak takde la rabbit sangat pon *padahal dia malas nak layan*

Kiranya harga braces RM 3800 nett + cabut gigi 4 batang RM 120
Sebab gwa dah bayar deposit RM 1500, hutang tinggal 2300 yang perlu dibayar ansuran tiap-tiap bulan. Dalam RM 100 sebulan. ikut korang la kalau gaji banyak bayar la lebih.



mancung tak mancung hang habaq mai kat cek..

hipotesis baru:- jika kulit tak flawless, maka mohon jangan ambil gambar pakai dslr. T__________T

Senang la deal dengan dr ni, sekali datang je dah siap semua prosedur. Balik tu bila berhenti kat traffic light, ada la dalam 10 kali duk belek braces ni kat cermin pandang belakang. Time kunyah makanan baru la terasa penangannye. Menangkap urat saraf hingga ke cerebrum dan cerebelum, rasa macam ada orang ketuk gigi ni dengan hammer. Maybe seminggu ni je sakitnye kot..bye2

ini nombor untuk dihubungi:-
KLINIK PERGIGIAN AINA 03-8737536