Saturday, 19 January 2013

Golden Disk Award


Sebagai seorang student, benda menarik sangatlah antonim dengan hidup ini. Paling menarik yang berlaku dalam kehidupan sehari hari adalah bila elaun bulanan dah masuk, kelas cancel, dan bila dapat banyak cop untuk logbook. Jadi kerana sudah menjangkau 23 tahun, terdetik hati kecil ini nak buat benda yang menarik dalam hidup tetapi haruslah berkadar langsung dengan ketebalan duit dalam poket. *padahal memang selalunya berkadar songsang la*

Hari tu pergi ke Golden Disc Award hari tu muahaha. Twins Of Faith tak nak pergi pulak kan kau. SILA BERSEDIA UNTUK MENERIMA TOHMAHAN MASYARAKAT..lek luuu derr..so i guess enough pretending that my life was cool for 2 nights..

"Weh kenapa kau pergi weh.kau memang fanatik kpop ke."

"Kenapa nak kena pergi tengok artis korea ni? maksiat je semua ni. suara sengau banyak hingus, miming je, baju seksi nanti  menggelegak otak terbakar dalam neraka, dahlah muka semua tegang terlebih kolagen lamor2 kan nenek aku lagi cantik la wei"

Cecece dah biasa dah dengan ayat haters ni. Kadang kadang rasa betul jugak apa dorang cakap

Anyway, ketahuilah bahawa sekali kau dah terjebak dalam fandom ni memang perahu kau tak de gear reverse nak undur balik.

"Taklah aku biasa biasa je sebab banyak gile artis aku tak kenal. Minat 3-4 kpop group je..tapi yang lain dengar la..Lagipun memang saja nak kasi duit kat dorang ni biar bunkface tak dapat kahwin sampai ke tua" hash tag sarcasm hash tag.if you know what i mean..hehe.

Bab kena bakar dalam neraka tu kita doakan jelah mereka dapat hidayah Allah walaupun diorang tak mencari.

Hari tu malas nak isi minyak kat Cheras.sebab of coz la on the way nanti ada petrol pump kan..tettt! jawapannya takde..cuak gila dari simpang nilai dah tak nampak kelibat petrol pump pon, sampai dah kelip kelip meter minyak 35-40 meter lagi kot nak sampai F1 Circuit tu sampai ktorang kena tutup aircond dan neutral kan gear dan guna kuasa graviti dan momentum untuk menggerakkan kereta ke hadapan. Kereta lagi lembap dari lori angkat balak wa cakap lu..thank you myvi sebab behave dengan baik T.T

Banyak bunyi pulak kan, meh tengok gambar sosial ni ha


Hari ke-2



Fangirls yang delusional dan forever alone aha
gambar tak payah besar sangat jangan gila kuasa 




Solat penting walaupun hati mau berpoya poya tak pelah masuk konsert lambat dan dapat berdiri kat line belakang belakang pon tak pe. Kecewa sebab litar sepang yang punya lah gah ni tapi surau daif..sekali pandang macam stor, dua kali pandang macam reban ayam. tiga kali pandang ahhh tak payah pandang pandang cepatlah sembahyang. Tapi surau kat dalam tu orang kata ok. Cuma ktorang tak sempat masuk sebab surau kunci so solat kat tepi koridor je.

Muka semua artis cam lebih kurang je, kau anak siapa?? Bila rasa lagu tu sedap goyang goyang kan la light stick gratis ni sebab berdiri tegak sangat macam tunggul kat tengah tengah tu. Best jugak la sekali sekala lepas tension.


kepada fangirls lain jangan sawan pulak tengok deme ni..





seksay btoi minah ni..aurottt
seksa mata memandang, seksa lagi hati yang melihat kaki mereka kecik macam ayam..







Bila GD kua je time nak snap gambar dia la tangan terus menggeletar..perghh penangan GD membuatkan gwa tremor. Sebab dia kurus kering sangat cam kanak kanak afrika yang albino jadi tak sampai hati cek nak heret ke tok kadi seperti yang dirancang dalam entry yang lepas untuk mengelakkan patah riuk tulang 4 kerat beliau, lagipun GD kan dah ade awek. Kiko Mizuhara lawa gile la. Aku ni macam bangla kerja lombong eloklah berpijak di bumi yang nyata






















Tak kenal sorang sorang pon tapi buat buat kenal sebab dah bayar tiket

Dah nak habis tu kitorang pergi masuk je Rock Pit Zone sesuka hati sebab security tak nampak. hambek kau dekat gila muka

patutkah ada part two untuk entry ini?

No comments:

Post a Comment