Monday 20 May 2013

Pre wedding photoshoot

Fadzreen! tengok kat sini..teaser konong!

Assalamualaikum

My friend is getting married!! Hopefully things run smoothly for you guys. May Allah ease everything Insya-Allah. Ktorang pun buat la pre-wed photoshoot dengan kawan kawan perempuan. Mat saleh buat bacholerrete party. Kite student je, buat la kenduri makan cupcakes dengan air kotak teh bunga kekwa je hihi sambil baring baring atas rumput tahan menggelupur digigit semut api. 

Susah jugak buat group photoshoot ni rupanya sebab kadang-kadang dah cantik dah gambar tu tapi ada sorang dua muke tak ready la herot berot la hehe kesian la kalau nak upload. 




































canon 50mm f 1.8..i'm in love with you xoxo

Braces part 2:- Sakit tak?

Assalamualaikum

Ibu-ibu adalah wanita yang paling kuat di dunia ini sebab telah mengandung 9 bulan dan memberanakkan banyak anak-anak. Kedua yang terkuat adalah aku, kerana boleh memikul beras 10kg dgn barang-barang dapur penuh satu bonet kereta sekali harung daripada depan rumah ke dapur tanpa berhenti mengurut bahu sendiri di pertengahan jalan. Yosh riak

Apa kena mengena kuat dengan sakit pakai braces? Tak la. kita sebenarnya ingat kita ni kuat la sangat, gerenti boleh tahan sakit pakai braces ni.tettt salah. Tapi alhamdullillah, masa bulan pertama pakai braces tak sakit sangat, tak tercucuk-cucuk pulak dawai-dawai braces kat pipi. Semua makanan boleh lagi dibedal. Kiranya sakit tu bearable la nak cantik punya pasal. Beauty is pain beb!



cece ini baru permulaan...
selepas tu tak boleh makan jambu batu dan berkaraoke sebab bila nyanyi lirik yang ade huruf "F" dan "S" nanti keluar angin di celah-celah gigi.



                            

Sila abaikan jerawat, whitehead dan misai. Gigi dah 3% kurang mancung daripada yang biasa.

Untuk bulan kedua, doktor nak cabut 4 batang gigi geraham pulak. Macam biasa kena makan painkiller atau suntik bius sebelum surgery atau prosedur untuk prevent inflammatory mediator ni daripada diaktifkan dengan banyaknya. meaning, less pain.

So i took 2 mefenemic acid tablets sebelum pergi jumpa dentist. Sampai-sampai sana rupanya doktor tu yang prescribe painkiller, dia suruh makan lagi sebijik. Sebab malu nak cakap yang self prescribed ubat suka hati je, so telan je la. Kesian buah pinggang terkejut. 

Dentist pun start pasangkan seperator dekat celah gigi geraham belakang untuk seminggu (ni nak jarakkan gigi geraham untuk masukkan metal band minggu depannya)

(Ya hampun! lepas tu pi la kedai tepi jalan beli jambu batu tabur asam. fuhh terliur! Gigit seketul je terus menangkap facial trigeminal nerve semua gempa bumi dalam mulut gwa..bagus la, jambu kat econsave pon dah naik harga sekilo 4 hinggit. 2 tahun ni tak dapat la makan jambu batu jimat duit boleh masuk ASB)

seperator
-kredit to google-

Lepas tu, dia sapu local anaesthetic sebelum inject kat 4 tempat. Terasa sikit je masa jarum tu dicucuk. 
Memang kebas habis la separuh muka, bibir rasa tebal je macam angelina jolie gitu. Sepatutnya kesempatan ni diambil untuk pergi facial buang whitehead kat hidung, gerenti tak sakit. Cabut sebatang gigi tak sampai 30 saat. Tak sakit pon cuma rasa la dia putaq putaq gigi tu.  

The numbness lasted for more than 5 hours memang susah nak senyum. Peringatan, jangan tertelan ubat bius ye pahit gile nanti sakit tekak tak hilang-hilang. Tunggu je assistant dentist tu suction ubat bius yang bertakung kat mulut tu hah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lepas dentist pasang seperator seminggu, dia akan bukak getah seperator tu untuk digantikan dengan metal band dekat 4 batang gigi geraham besar, 2 atas, 2 bawah. Metal band ni macam ending kepada bracket tu la, menarik semua gigi untuk rapat ke dalam. Pasang ni paling sakit! serious!!


kredit to google.

Metal band ni ada saiz. Dia benamkan besi tu dekat gigi geraham kita, kalau longgar, dentist akan letak simen kat area gigi supaya fix. Bukan saja bahagian luar gigi bersebelahan pipi akan di kelilingi besi, bahagian dalam gigi yang bersebelahan dengan lidah pon akan turut terbabit. Jadi apabila bercakap atau makan atau pon duduk rileks2 je pon, lidah akan bersagat dengan besi ni menyebabkan luka dan berdarah

Hah pernahkan makan nenas banyak banyak lepas tu sakit lidah, tu boleh elok balik. Yang tongue sore ni dah masuk hari ke 5 tak elok-elok lagi. Sebab tongue constantly rubbing with the surface of the metal bila masa pulak nak heal kan. Tengok wayang pon kena bawak painkiller tapi painkiller tak berkesan. 

So, sepanjang 5 hari ni kena bercakap sambil clench teeth sebab nak kurangkan pergerakan mulut. Makan pun bubur je sekali sehari. Yang lain minum air je. 


Ni pon bersagat dengan gusi

But the point here is, dont leave the pain unattended..rupanya pi farmasi beli ubat sapu semua ok. time kebas tu la cepat cepat makan nasi hehe. tapi seriously, minyak gamat sangat berkesan! hi five sama orang kampung! sapu kat lidah bila terluka nanti cepat baik. Pakai braces wax kalau ada poking wire tapi jangan tertelan time makan macam aku ni hah


minyak gamat
bonjela 
oral aid lotion
mefenemic acid
braces wax

Alhamdulillah, the pain subsided with time. you'll get used to it. your tongue and lips will get tougher beb!! teruskan niat anda nak pakai braces!

Friday 17 May 2013

Supplication for the parents




Rabbana ighfirli waliwaalidayya walil mu`mineena yawma yaqoomul hisaab

----------------------------------------------------------------


There is one thing i told myself every night.

i'm not going to cry tonight

And each time, i failed.

So, this is how it feel to lose people that you love unexpectedly without being given a chance to say goodbye. Yes medical school is scary but it has never been this traumatic to me before.

I feel like lying on the bed all day, hoping that time will move faster, waiting for for my turn to return to my creator so that one day i can meet you and ask for your forgiveness, and hoping that god will permit me to see you when that happens.


If growing up means that we will come to the phase of life where we have to be emotionally prepared of losing people that we love, i don't want to grow up.

Oo Allah, ease this burden inside this heart. Ini baru ujian kecil di dunia. Sabar lah.



Allah SWT said: “I have no reward other than Paradise for my believing servant who is patient when I take away one of his beloved from among his companions of the world.” [Bukhari]

155. "And We will surely test you (all) with something of fear and hunger and loss of property, lives and fruits; but give glad tidings to the (steadfast) patient."
156. "Who, when a calamity befalls them, (by showing perseverance), say: 'Verily we belong to Allah, and certainly unto Him shall we return'."
157. "Those are they on whom are blessings and Mercy from their Lord, and they are the ones that are guided (aright)." Baqarah

‘Did you think that you would enter Paradise without Allah testing those of you who fought hard in His cause and (also) test those who are As-Sabirin (the patient ones).’ [3:142]

Wassalam. Sorry this might be too personal, i just need a place to let this things out. Maybe some of you are also having a hard time just like me