Wednesday, 7 May 2014

Ben's dengan FL dan Emalina- Cerita bandung

assalamualaikum

Hari tu kan lepas berkerut kerut dahi jawab exam final, sementara nak gugur jantung tunggu keputusan keluar sempat lagi hangouts dengan ex-housemate kat bandung dulu.

Primadona pon boleh la
Ex-housemates yang tahan dengan perangai kte yang pelik.
Masa duduk dekat bandung dulu tiap2 pagi ahad je ceq hilang pi pasar pagi dekat universiti yang penuh dengan pondan mengamen muka botox tapi macam kena anaphylactic shock je. yup pondan tapi bertudung tapi pakai skirt. konfius sudah. pergi pasar beli jambu batu pink balik rumah masuk dalam blender pastu buat jus. dapnye

Atin ni housemate dari 2nd year hingga 3rd year. Rasanya paling banyak spend masa dengan atin masa dekat bandung sebab nya ktorang bertiga je duduk kawasan perumahan jauh dari orang lain. Pi makan dekat indra sampai food poisoning tengah malam lepas tu bawak pi klinik, beli tiket midnight movie tapi pi tdoq dalam wayang, merempit tengok konsert MOCCA yang dipenuhi anak-anak fakultas FISIP berambut afro baju tak gosok la, tengok konsert Siti dekat bandung, shopping, semua la. Kalau atin luahkan perasaan pasal haters je ktorang pulak yang emo kihkih. Oh rasa tak sabar nak balik bandung balik.


Ema ni orang first kte jumpa masa interview MARA kat HUKM. masa jumpa first dalam hati cakap eh comel sangat perempuan ni onyonyo. Balik je interview cari nama ema kat friendster lepas tu stalk gambar dia sebab comel sangat *dah kenapa buat confession secara terbuka*

Ema ni la yang introduce iols dengan k-pop. masa first year dia datang bilik pagi-pagi nak pinjam internet sebab percaya dak kat floor ktorang tu, bilik kte sorang je ade internet connection walaupun tak bayar bil berbulan-bulan sampai orang kate kte ada skandal dengan si akang pasang internet tu. time tu la terlaghoo lak ema ni haa siap pasang youtube lagu SNSD tunjuk tiffany la taeyon la padahal semua perempuan tu muka macam sama je. hah dua tiga hari lepas tu bergema bilik gwa dengan lagu k-pop. padahal umur dah 19 tahun baru tau k-pop tu wujud. Budak-budak zaman sekarang baru tau sit without support for 10 minutes pon dah boleh menari gangnam style gitu.

orait cerita pasal makanan pulak


Mexican tortilla, RM 24.90




Soft crab mee?? RM 24.90
yang ni muak sikit tapi sedap! rasa macam isi ketam garing tabur kat atas tu sedap




Beef Lasagna, RM 24.90
Ice lemon tea RM 10.90

main bedal je order sebab menu dia tu tulisan berangkai kalah handwriting dak Hamka masa tulis puisi. Daripada power spek ni naik baik iols order je menu yang paling ceroh mata tengok


Bangla tolong tangkapkan gambar kitorang telah membuat lawak menyebabkan ketawa badan bergegar


Lepas makan pergi tengok oculus sambil running commentary sampai sakit tengkorak frontal sebab berpikir terlampau kritikal.
thanks girlfriends. :)

banyak yang belajar dalam 6 tahun ni.
UNPAD banyak mengajar erti merendah diri walau setinggi mana pun pangkat dan darjat kita.
UKM banyak ajar pasal perseverance dan determination walaupun kena marah semua tapi jiwa harus cekal dan tabah.

No comments:

Post a Comment