Kad siswa 1 malaysia dah keluar kan. Janji dicapati marilah mengundi! *tangan di bahu mata ke atas* padahal tak ambil lagi kat tu kat pejabat siswazah bajet kad itu tidak mampu mengurangkan kadar kemiskinan aku *realitinya mampu merealisasikan impian untuk makan KFC dengan diskaun 5%, kiranya cancel la goverment tax dak KFC ni..RM 0.40 tu boleh la masuk dalam mesin penimbang berat badan sebab body dysmorphic kena timbang 2 minggu sekali*
Kitorang pergi dubu dubu kat mid valley, situated at lower ground, tapi tak pakai kad siswa ni sebab tak ambil lagi. Kalau pakai kad siswa, dapat diskaun untuk menu chicken sundobu jigae + peach tea sahaja, RM16.90 nett. Kalau harga sebenar chicken sundobu ni RM 14.90, peach tea tu dalam RM 4.90 tax not included, so anda masih boleh dapat penjimatan berganda walaupun asyik merungut kad siswa tidaklah seikhlas mana.
Kitorang order macam macam jenis jigae (soup) hari tu. chicken, beef, ada yang isi tahu, kimchi, ada yang pedas, ada yang cheese kalau tak tahan pedas. Kiranya harga semua jigae ni sekitar 14.90 ke 17.90. Air standard la. Kitorang beli air mineral kat kedai jual surat khabar depan dubu dubu je, Sebab dah hujung bulan elaun dah kering.
Weekdays dok makan maggi, weekends makan nak bajet VIP je..riririrararaaaa
Siapa minat cerita korea gile2 mesti boleh teka ape ni..Tteobokki or spicy rice cake. Tekstur dia kenyal-kenyal gitu ala ala terlebih kolagen
Makanya, haruslah praktik pakai chopstick supaya waiter/ess tak depress dan masuk wad psikiatri kerana customer sepahkan meja.
SEDAP TAPI MUAK..TEKAK GWA BOLEH TERIMA JIGAE JIGAE INI UNTUK 10 MINIT PERTAMA SAHAJA..
Dubu Dubu Seoul Food,
LG048, Lower Ground Floor, MidValley Megamall,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 KL
No comments:
Post a Comment