pasal braces pulak. ada yang tanya boleh tak pasang untuk gigi bawah je, atau gigi atas je. Ada yang kata dr aina cas rm1900 untuk braces atas/ bawah. iols ada gak kawan yang pakai bawah je dulu due to financial constraint. nanti dah keje dia pasang atas. tapi kalau pasang atas bawah lagi senang untuk follow progression gigi and jaw movement tu. kalau gerakkan satu bahagian je takut nanti ada under bite or prognathism, gigi berlaga.
back to the topic, braces. April ni dah setahun rupanya pakai braces.
alhamdulillah rasa bersyukur sebab pakai braces hahahak kalau tak terpercik air liur kat kawan masa buat presentation.
Jadi 6 bulan lepas dentist cabut 4 biji geraham, meninggalkan rompongan diantara gigi sebanyak lebih kurang 6 mm Lepas tu kan dia bagi elastic rubber nak rapatkan gap antara gigi tu yang wajib dipakai 24 jam sehari dan ditukar 3 kali sehari. ini pengakuan jujur.. memang tak compliance beb. this might sound gross tapi kadang-kadang lupa nak tukar sampai 2-3 hari. so 2- 3 hari la rubber tu bertukar kaler. kalau makan tempoyak jadi kuning, kalau makan red velvet, jadi merah. kalau telan clorox?? teehee
kadang-kadang dah cabut masa mandi, pastu lupa nak pakai balik sebelum pergi kelas, 2-3 hari jugak la gigi ni tak ditarik. bila tak compliance gap gigi tu lambat tertutup, lepas tu kalau makan ganas sikit lagi-lagi kalau makan daging not fully cooked kat seoul garden kan sebab kebulur sangat, boleh terasa kot gigi tu bergerak ke depan balik.
makin nak exam makin banyak la minum kopi, kalau tak 2 cawan sehari tak sah. gigi makin kuning, makin malas nak gosok gigi sebelum tidur. Sebabnya i dont have fix time of my last meal. payah ni kalau nak buat emergency surgery sebab tak tahu when is the last meal. nanti kena buat sellick maneuver terkebelakang cricoid cartilage kena tekan dengan anaesth. pastu time tidur pon tak fix. nanti dah gosok gigi pi bukak peti ais mengunyap kudap2 lagi pukul 2-3 pagi. so malas nak gosok gigi.
natijahnya, gigi telah berlubang hasil aktivitas persatuan bakteria durjana. lagipun lepas dia tarik, at certain point, gigi akan berlaga sebab anatomy jaw telah berubah dek besi braces tu. dagu menjadi taguk kalau sangkut kat bahu orang boleh digunakan untuk mengurut. bila gigit kuat sikit, gigi boleh retak sampai ter-exposed ke urat saraf.
2 minggu jugak la duk tahan sakit masa makan. kalau makanan tu masuk je kat gigi yang berlubang tu, masyaallah rase menyengat tuhan je tau. dah 2 minggu baru jumpa dr tampal. dentist korek2 gigi 2 batang tu dah rm60 sebatang, pastu tampal rm10. so dalam rm 140 jugak burn hoish kaya jadi dentist ni. Complicated rupanya penjagaan braces ni. tapi gwa ni jenis yang selamba dek je. tak pakai pun interdental brush. berus pakai berus baju je senang. terpelanting semua bakteria.
kenapa begitu hardcore mempamerkan kekuningan gigi sendiri dari bulan pertama hingga sekarang. bukan narcist tau. nampak tak gap gigi tu dah kecik. hehe. ingatkan nak bukak before convo tahun ni. tapi dr aina nasihat minimum kena pakai 1 tahun 6 bulan sebab takut gigi tu boleh gerak-gerak lagi nanti jadi jongang balik.
Ada sesetengah orang kan, dia pakai braces sebab nak kurus macam Girl's Generation. bahaha
itu semua dusta. that myth seriously dont work for me. lepas 1 bulan sakit tu kau akan bedal je semua makanan kat dapur tu. terkurus sebab asyik pergi kelas lambat je lepas tu berlari2 takut kena marah dengan specialist, rupanya dah mencapai target heart rate tanpa disedari.
oh ni copy dr dr ben. Tip: if you want to lose fat. Do low to moderate exercise & aim your heart rate 50-60% of your 'Target Heart Rate (THR)'. (THR is 220 - age)
kalau lepas jogging kat tasik permaisuri setakat 15 minit tak sampai target heart rate pon pastu pergi bedal ayam penyet kat wong solo, laghoo je semua tu.
ok bye. i don't think i can provide any more information regarding braces. rasa nya dah all out ni.. daaaaa~ thanks for reading. :)
Pakai braces boleh kurus ker? hahahaa... mungkin la sebab kene pantang banyak benda huhuhu..
ReplyDeletetapi kawan cantik jer lepas pakai sampai habis comel jer badan dia huhuuu... :D
Salam Kenal :D - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-6-camden-town.html