Thursday 20 December 2012

tragedi kopi yang tragis

 i need caffein in my blood to stay awake for the whole night, padahal bukan study tapi nak fangirling ntah pape. 
tapi jarang la minum kopi sampai habis.there are high probabilities that the cup will eventually be surrounded by ants before i finish drinking, or i will accidentally spilled the entire cup of coffee over my books.

perhatian warga hukm, kalau anda jumpa buku psychiatry kat library yang bertompok tompok yang memusykilkan tu semua angkara aku la tu..bukan panau ataupun cafe au lait. tapi dah lap la.ade sikit stain maybe. memang perangai daripada kat unpad dulu asyik tumpahkan air atas buku sebab tangan cam lipas kudung. kekudungan tu sangat serious sampai kalau solat jemaah dan anda nampak saya di saf hadapan anda, sila pakai helmet sebagai protection semasa sujud bagi mengelakkan tengkorak frontal dan parietal ditendang secara tak sengaja oleh saya



drastik

lol.sarcastik.

Friday 7 December 2012

Friday 30 November 2012

Duduk Diam Untuk GAZA & HR Steak House Kg Baru

Duduk Diam Untuk GAZA?? tapi ktorang tak duduk diam pon..Camwhore di khalayak ramai dengan selambanye. Bukan apa, excited je lebih. DSLR punye flash merata rata silau mata boleh confuse dengan flash AES. alhamdulillah hujan tak lebat, lupa bawak payung, banner pon pinjam orang sebelah..pastu there was an arab lady, jalan depan ktorang sambil cakap "barakallahu fikum"..thanks lady for doakan kami.

this is a tribute to brothers sisters mothers fathers in syria and gaza and all over the world who were bombed,killed and tortured, and to those left, who are still fighthing for their freedom..May God ease your hardship.

bukan lap hingus sebab resdung.nak tunjuk viva palestin je

muka bajet activist padahal jangan harap nak baca sejarah konflik israel palestin..siapa kata kalau suka kpop dengan gothic maksudnya tak care about palestin..bikin gwa hangin satu badan je.*oh sorry it's getting too personal hikhok*





yey berjaye! cantik kan KLCC!!





lepas tu pergi kampung baru sebab sheqa nak bukak puasa. i know lah i am so 2000 and late kan..rasa macam dari zaman sebelum masihi.kite memang ketinggalan sikit. baru nak try makan kat HR steak house ni haaaa..


komen: makanan sedap, harga murah tapi tempat ni gelap. kot ye pon nak jimat letrik pasang la lampu banyak sikit. jangan meng ayamkan gwa yang sedia rabun ini untuk menjadi rabun ayam tak payah nak romantik sangat la, dahla banyak orang ngamen (mintak sedekah) kat sini..konpius ni kat KL ke bandooeeng..oeng oeng

Muka tak selamat untuk dipertontonkan di khalayak ramai.
Murah la, air gelas besar baru RM 2.00-2.50. 


what the fish?? fish n chips kan ni RM 7.00


Chicken Grill RM 8.50



 Morocco Mix RM 9.50



le menu..cowboy sesat pulak
tapi kena sabaq sikit la tunggu makanan, sebab orang ramai, waiter sikit.


hanazaty bila nak update blog? hehe


HR Steak House,
No 56, Jalan Raja Alang, Kg Baru

Monday 26 November 2012

Pavlova At Alexis, The Garden, KL

Assalamualaikum

I've been craving for something sweet and expensive lately muahaha..expensive kau. Yes. Pavlova, we went to Delicious the other day, unfortunately it was late and their pavlovas were all sold out. Walaupun Delicious ada 50% discount for desserts from sunday to thursday, after 9 pm, tapi mesti banyak stok kek yang dah habis time tu. Tak berbaloi beratur cari parking kat mid valley sampai hypertension kalau datang2 dah habis dah kek yang kau nak beli.

Alang-alang dah sampai delicious, ktorang order la spaghetti mama RM 22.90..cet kalau mama tak payah bayar la patutnye. And chicken pie RM 19.90. Rasa biasa-biasa je..

Hari tu ktorang pergi jugak Alexis walaupun kelas habis pukul 5 petang. Memang kepala batu bata dah tahu peak hour orang balik kerja tapi nak pergi jugak lagipun nak celebrate hari jadi kawan. Nampak je signboard Alexis terus la ktorang meluru dalam restoran dia. Tiba-tiba seorang waiter dari jauh jalan macam lipas kudung approach ktorang then tahan ktorang dari masuk restoran tu.

"Nak makan kek ke?"

Perghhh..mana dia tau aku nak makan kek..adakah semua waiter kat sini di train baca minda orang. tak pon aku yang delusion ada thought broadcasting.

"Aah.."

"Sini.."

dia bawak ktorang kat tempat lain dan prepare kan table tu.

Rupanyanya ktorang salah masuk, section yang ktorang nak masuk tadi tempat yang serve wine and alcohol. dah la ktorang 3 je pakai tudung kat situ, patut lah waiter tu beriya-iya tak kasi ktorang masuk, pastu dia bawak ktorang kat cafe punye section. baru lah betul.baru lah tak sosial dan ditohmah masyarakat setempat

tobat la aku tak nak masuk front page HARIAN METRO with headlines "Perempuan Bertudung Dicekup Pergi Bar"

Hot Cappucino RM 11.50
Hot Chocolate RM 11.50



Pavlova Alexis RM 15.00. My first pavlova and it was good :)

Pavlova Delicious RM 13.90- ok la seringgit mahal.



Happy burst day to dalina..


Intai mat saleh keliling pinggang woh..

Tu dia Bar nye..kat belakang tu..
p/s:- Tak semua menu dia halal. Tiramisu tak halal, pavlova halal. Jangan lupa tanya waiter tu dulu mana yang halal before order..mabuk tengah jalan kang hang pi lompat kat rail KTM tak ke naye.nauzubillah
mission accomplished!

Alexis Bistro&Wine Bar
Lot f209 1st Floor,
The Gardens,
Mid Valley City,
59200 Kuala Lumpur
         +603 2287 2281 

Monday 22 October 2012

Dubu Dubu Seoul Food vs kad siswa 1 malaysia


Kad siswa 1 malaysia dah keluar kan. Janji dicapati marilah mengundi! *tangan di bahu mata ke atas* padahal tak ambil lagi kat tu kat pejabat siswazah bajet kad itu tidak mampu mengurangkan kadar kemiskinan aku *realitinya mampu merealisasikan impian untuk makan KFC dengan diskaun 5%, kiranya cancel la goverment tax dak KFC ni..RM 0.40 tu boleh la masuk dalam mesin penimbang berat badan sebab body dysmorphic kena timbang 2 minggu sekali*

Kitorang pergi dubu dubu kat mid valley, situated at lower ground, tapi tak pakai kad siswa ni sebab tak ambil lagi. Kalau pakai kad siswa, dapat diskaun untuk menu chicken sundobu jigae + peach tea sahaja, RM16.90 nett. Kalau harga sebenar chicken sundobu ni RM 14.90, peach tea tu dalam RM 4.90 tax not included, so anda masih boleh dapat penjimatan berganda walaupun asyik merungut kad siswa tidaklah seikhlas mana.



Kitorang order macam macam jenis jigae (soup) hari tu. chicken, beef, ada yang isi tahu, kimchi, ada yang pedas, ada yang cheese kalau tak tahan pedas. Kiranya harga semua jigae ni sekitar 14.90 ke 17.90. Air standard la. Kitorang beli air mineral kat kedai jual surat khabar depan dubu dubu je, Sebab dah hujung bulan elaun dah kering.



Weekdays dok makan maggi, weekends makan nak bajet VIP je..riririrararaaaa




Siapa minat cerita korea gile2 mesti boleh teka ape ni..Tteobokki or spicy rice cake. Tekstur dia kenyal-kenyal gitu ala ala terlebih kolagen


Makanya, haruslah praktik pakai chopstick supaya waiter/ess tak depress dan masuk wad psikiatri kerana customer sepahkan meja.

SEDAP TAPI MUAK..TEKAK GWA BOLEH TERIMA JIGAE JIGAE INI UNTUK 10 MINIT PERTAMA SAHAJA..


Dubu Dubu Seoul Food, 
LG048, Lower Ground Floor, MidValley Megamall, 
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 KL

Tuesday 2 October 2012

Sushi Zanmai at Fahrenheit 88 halal ke? halal ke?

First time makan kat zanmai. Maaf le jakun sikit. Sushi zanmai halal ke? Jawapannya tidak. Sebab dia serve arak so tak dapat pengesahan halal daripada jakim tapi sushi dia pork free. Cuma ada certain sushi je yang ada mirin, sejenis alcohol. Tapi kitorang tekad kan keyakinan dengan kehalalan sekepul nasi dan ikan mentah hehe..Plus, bila masuk sushi zanmai ni ada waiter melayu dan makcik pakcik tengah makan. So dont worry 


 RAMEN/UDON SOBA. small bowl, RM 7 ++, large bowl, RM 10 ++
Overall, those ramen/ udon servings price ranging from RM 7++ to RM 12++



Sushi set yang besar gedabak. price:- RM 23.80. Kalau tak makan raw seafood, elok lah jangan order. Beverages and drinks ok la. Paling murah pon RM6. Jus epal tu masam sangat, green tea pahit sangat. Rugi tak tapau gula dari rumah biasa la lidah melayu gwa ni minum teh tarik tepi jalan je sesuai tu la malaysian selalu kena diabetes



That black topping was SHITAKE MUSHROOM price:- RM1.80 2 ketul. murah jugak la kan. 
Yang sebelah dia, topping tu adalah SALMON. price:- RM 2.80. 
Sebelah tu SPICY SALMON, forgot the price already :)


 SALMON MAKI HAMUN
tipu je.salmon maki nama sebenar.
 Generally, all the sushi cost between RM 1.80 to RM 6.00 or RM 7 ++

  
kredit to google
EBI OKONOMIYAKI
So basically, it's just a pancake with fried, crispy prawn serve with mayonnaise and sauce on top. price :RM12.80
the taste was super duper awesome fantastiic baby!

Sunday 23 September 2012

Celebrating Atin's & Adda's birthday

Mak aih..ni abad ke 18 punya cerita. We went to Garden, Viva Home to celebrate atin's birthday..orang lain p garden bercucuk tanam kan. gwa bab sambut birthday kawan suka tapi birthday sendiri biasa je. 

le girlfriendsss

unfortunately,  my camera ran out of battery by the time i want to snap those foods we ordered..pfttt~~  ni je sempat tangkap. oh no foods  -__-
but their foods were quite good.

Le birthday girl..housemate dekat bandung
---------------------------------------------------


bandung????
aki and nini *nini cokelat celup cokelat celup* 
our guardian not angel sebab suka datang rumah mintak duit air dengan listrik(letrik) 
kangen ngak same sarah? *asyik salah panggil nama je* 
------------------------------------------------

oh ehhh and for adda's birthday, we went to Burger Bakar Abang Burn, Jalan Dagang, Ampang..kenyang gilekk makan bergerrr dia..selamat tak order yang cheese meleleh-leleh tu




le birthday girl

Wednesday 5 September 2012

saya yang disukai bangla dan english yang tak power

Masa darjah 5 dengan 6 brain function sangat lah deteriorate, markah paper BI mesti around 50 je sampai terpilih jadi 5 student istimewa yang masuk kelas pemulihan akhlak BI. Setiap pagi pukul 7 dah terpacak depan library tulis esei 50 words depan teacher. Esei tahi mata. Terima kasih teacher kerana mengajar saya BI, sekarang dah boleh menonton drama mat saleh tanpa tengok subtitle >_>
Kalau oral test pulak mesti masa present tu pronounciation salah.ooouch malu..

Sebagai inisiatif untuk memantapkan BI, gwa telah pergi ke cyber cafe untuk ber chatting kat YM. Dulu rumah takde internet lagi. Semangat nak chat ngan mat saleh masuk dalam chat room. Pilih kategori yang new zealand, australia, united state aje. Then tunggu orang buzzz tanya ASL? Masa baru baru ingat kan orang tu tnye ASL tu asal? Sejak bila lak dia tau cakap melayu kan. Rupa rupanya age, sex, location. Pastu bila gwa tanya balik hampir semua orang yang dalam chat room tu came from india, pakistan, bangladesh, sri lanka..hahhaha tapi aku masuk chat room australia ni..kenapa ade orang sri lanka lak?!!  Stress baru ingat nak chat BI ngan mat saleh. Ini mat salah namanya..Masa tu dah la sri lanka banjir. Pastu boleh lak tanya orang tu, "aik sri lanka kan banjir..camne awak leh dapat internet ni."

-------------------------------------------------------------------------
handsome boy : asl?
friendkid wazzup : 15, female, malaysia
friendkid wazzup : asl?
handsome boy : 22, male, bangladesh

handsome boy: BUZZZZZZ!
BUZZZZZ!
BUZZZZZ!

BUZZZZZ!
BUZZZZZ!
BUZZZZZ!
BUZZZZZ!
BUZZZZZ!
BUZZZZZ!
BUZZZZZ!
BUZZZZZ!


friendkidwazzup has signed out


-------------------------------------------------------------------------
Muahahaa typical conversation.CANCEL bEB nak chat!

sekarang ni yang banyak like gambar dengan status gwa kat facebook pon bangla je..friend request pon banyak yang dari sana haha aku tak paham kenapa diorang suka add..patut tukar nama jadi Farah Khan kot..terima kasih like gambar saye. saye tahu la saye forever alone

I was a gamer back then, masa high school. memang addicted to video game. masalahnya semua dalam BI kan. sampai kena bawak kamus letak sebelah komputer and cek sepuluh kali sekejap sebab tak paham apa game tu tulis.Ye...Sangat nerd..

Saturday 1 September 2012

Dilema Si Hidung Resdung

tak boleh stay dekat ward lama lama nanti tak pasal2 kena nosocomial infection, hidung berhingus kang sebab langsir wad dengan white coat penuh pseudomonas ngan MRSA .plus i am allergic to hardwork puipui..


hah nampak dok kepala cek dah berasap2 ni..
~!!!~
(+_+)

Rindu nak malas malas kat unpad ~
classes never been so scary, kecuali bila tak siap LI dengan bila nak exam socca yang kena hafal 16 kes nak mapuihh. Tak dapat jawab soalan doktor tak marah tak siapkan lab assignment pon boleh tiru kawan sebelah. Preclinical years tak ada patient. Kalau ada pon yang berlakon jadi patient tu bapak ngan ibuk cleaner je. Tak payah nak buat muka fake sangat senyum senyum sabun susu kambing. Balik kelas boleh pergi griya beli stok makanan, tak pon jatos p makan paparon pizza. 

Lepak kat pondok macam orang antisosial pastu zuhud dan tawaduk tidur berbantalkan lab coat yang dah kuning berkarat dengan dakwat pen tercalit2 sebab lupa tutup pen pon rasa macam tidur dekat hotel 5 bintang.

HUKM training is tough, which is good. All I can think is just too pass the exam. but sometimes it makes me feels like i want to burn down my whole school can I? Ya Allah kuatkan la hati ktorang ni ha.


1st year gila enthusiasm la sampai main lambung2 baby adalah perkara biasa. Gigi pon putih lagi. sekarang ni tak de masa nak gosok *tapi ada masa layan youtube*




Beriadah secara berjemaah padahal exercise setahun sekali heheheehe

Perkara yang dinanti nanti adalah jamuan tutor..Huah lauk pauk dah macam kenduri kawin, cuma pengantin je takde. Walaupun kat rumah sewa tu kuali ada satu je, bila masuk dapur je berangan jadi chef cina dok ketuk sudip tung tang tung tang sampai bocor kuali, sanggup gak bangun awal masak beriya2

Kerana stress ku bertekad untuk mengharamkan 7 keturunan amik medik muahaha..*yela tu*
Kalau tak amik medik, kemungkinan besar gwa akan bukak bakery, bukak nursery *tapi tak mau basuh berak budak budak*, ataupun photo studio cuci 4 gambar RM 6 promo, mungkin juga kerja kat kedai jual tong gas, ataupun kerja kat petrol pump, ataupun menebar roti canai.

Friday 31 August 2012

Mastercook Chinese Cuisine Bandar Tasik Permaisuri


Assalamualaikum..

14th of ramadhan.we planned to go iftar together.but thats the problemo, we haven't decide which restaurant we are going. so i've been browsing through malaysia foods website and blog since 11am ok..tercabar nafsu makan sampai bila dah kul 5 petang stress gile sebab tengok banyak sangat makanan sedap.

last last decide nak pergi makan dekat bandar tasik permaisuri je sebab dekat. jem sikit sebab ada pasar ramadhan. dah la x buat reservation ke ape, kedai makan kat situ semua dah penuh. last last makan dekat mastercook, chinese muslim cuisine. hehe banyak kot ktorang order


set B for 4-5 pax. RM98++
siakap masak tak dikenalpasti *pedas+masam*
kangkung goreng ape ntah
ayam cili kering
tom yam
tahu 
air sirap 4 gelas
cannot recall the menu coz too hungry and kebulur to eat

set B dimsum for 3-4 pax, RM29++
3-4 jenis dimsum
bubur 
dimsum telur masin??? texture pelik tapi rasa ok je
tidbits dapat teh cina *dorang kata rasa cam tanah haha*


mastercook ni sebelah dia satay station and snogurt. masjid pon dekat je. 5 minit je. lepas order p la solat maghrib dulu. fasting without praying is just going hungry. you are doing it wrong bro.tiba tiba masuk slot kuliah maghrib pulak kan

dah sebelah snogurt, ape lagi..dessert la pulak.masalah nye dua orang je beli tapi 15 orang yang tolong ngap hahaha.pastu kawan kawan yang kaye sikit hehe tambah order la sebab tak cukup

sebab dah masuk snogurt kan kena la bajet comel snap gambar banyak banyak sambil buli nisa ni. snogurt ada promotion 15% discount for student, from monday to friday. kalau discount happy hour pulak 20% monday to friday, 3pm to 6 pm..ikut kan hati nak pergi masa happy hour dan bawak student kad. total dah 35% discount. tamak delusional betul.  pura pura mulut berasap macam kat overseas sambil suap yogurt.
dah la tak beli snogurt, rembat nani punya sampai licin pulak tu ish 


Mastercook Muslim Chinese Cuisine
. H19, Jalan Dwitasik 2, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL

Friday 10 August 2012

Mimpi Syria Yang Serius


Astaghfirullahaazim..i am emotionally fatigue. I was in terror, i was angry, i am confius. Mimpi tadi memang real sangat.kenapa aku bukak mata aku tengah baring atas katil. Mana pulak la budak lelaki dengan adik perempuan dia yang aku dukung tadi?

Cerita dia gini dong. it's cuti, cherishing my every book-free moments dengan online sampai pukul 5. Then, mengantuk sangat so decide la nak tidur sejam ni.kang bangun la subuh. It didn't take too long for me to fall asleep that morning. Padahal selalunye insomnia. Ni sebab dah nak subuh senang pula tidur. hampeh setan hampeh..

Pelik! bukak mata je dah kat syria. Tak pernah pergi syria. Tapi tahu tu syria dari gambaran mayat mayat tepi jalan dekat gambar facebook. So I live with this syrian family. Ada anak kecil tapi mimpi tu pendek sangat sampai i can't even tell their names.

Tak tau kenapa mimpi ni sebab selalu mimpi bukan bukan je, LCW bawak bukak puasa kat kedai tak halal la, GD la..yeah family that i never met in my real life and then suddenly their images emerge into my dream. Dah la tak de communication problem langsung, macam mana leh paham apa dia cakap pon tak tahu. Banyak sangat mayat tepi jln kat sana sampai budak budak sana tu rilex je.

Mak ayah budak tu mintak tolong bawak lari anak dia dua orang sebab dorang dapat sense rejim basyar nak datang. Padahal gwa jadi watak dalam mimpi ni tapi still jadi third party sebab boleh tengok what's going on kat semua angle. Boleh nampak kot ada tentera tentera tu menyorok kat balik balik dinding. Parents budak tu dah cakap last words kat dorang. Dorang nangis nangis bagai mintak nak stay dengan parents. Masa tu blur lagi maybe sebab dah memang limited facial expressions and responses kan.

Gwa pon dengan gagahnya *hasil latihan mengangkat tong gas di rumah* bawak lari budak tu, dukung sorang kat kiri, pimpin sorg kat kanan. Kemana tu tak tahu. Tapi feeling perang tu mmg ingat lagi dalam kepale otak cuma x boleh nak describe je. Lepas berapa jam, bawak la balik budak tu kat rumah dorang. Memang sepanjang perjalanan i was hoping their parents are still alive...masuk perkarangan rumah dah nampak darah mengalir. Lari masuk rumah belum smpai pintu depan dah nampak mayat terbaring kat situ. Eh ni bapak dorang! Menangis la budak budak tu dok goncang2. Aku tutup mata budak2 tu sebab mayat teruk sangat..masuk dalam rumah tak jumpa mak dia..tak tahu..maybe mak dia dah kena culik ke ape ke waaaaaarghh tak tahu..wah mentally exhausted..kenapa rasa nak menjerit. Peluk diorang dan boleh rasa tremor tahap washing machine tengah spin. Budak budak ni menggigil ketakutan betul.

Ahhh stress sebab tak boleh buat apa2 padahal tak injured sikit pon. Ntah ntah kalau aku jalan depan tentera tu dorang pon tak nak tembak. Maybe sebab mimpi aku suka hati aku la. Oh tuhaan kenapa bagi dugaan yang besar dekat diorang. Tetiba terbangun dari tidur. Tapi still dapat rasa tremor budak2 tu dengan peluh2 nye lagi even dah terjaga.


Tu je..habis. Dulu suka share share gambar palestin or syria kena bunuh kat facebook.Sampai la i read my friend's status yang cakap kalau kita share gambar orang kena bom or bunuh bukannya boleh tolong diorang pon. And since then, kurangkan share benda2 gini. Sampai la ade satu post tu pasal budak perempuan nama fatimah kena penggal kepala sampai paras bahu yang sempatlah tengok sebelum facebook banned kan gambar tu. Orang post tu tulis, We are sorry for this disturbing image. But the media refuse to exposed this story to the world. That are what we are trying to do here. Tersentak. Make sense. Share bukan nye boleh hidup kan mayat ni, tapi sebarkan benda yang disembunyikan dari mata dunia. Kita berfungsi untuk mereplacekan peranan media yang macam ntah hape hape je tu. Tapi yang sign petisyen tu aku percaya nobody cares. bukannya boleh amankan dunia ni. si obama tu mesti pekak kan telinga butakan mata je pasal petisyen.

rest in peace Fatima. May God grants you the highest level of heaven

strress la.belajar pon tak pandai.nak tolong diri sendiri pon x dapek.camne nak tolong org lain..camneeee..ok smbung tidur dengan stress

Thursday 2 August 2012

Chilli's Grill & Bar Restaurant, Mid Valley, The Gardens


sekarang baru nak cerita. sekurun yang lepas kitorang makan dekat Chilli's Grill & Bar Restaurant, Mid Valley, jalan jalan after karaoking at red box. Ni makanan yang ktorang order.



The appetizer was the best among all the dishes that we've tried here. Triple play RM 24.95. Delicious fried cheese, wings over buffalo and chicken crisper. Served with dipping sauces. Freaking delicious gwa cakap sama lu.. Portion for 3 persons.


                         CREDIT TO GOOGLE

Lamb shoulder. Price:- RM30++, lupa but almost RM40 la *head shot*
Marinated grilled lamb shoulder with served with mashed potato and black pepper gravy. Shouldn't ordered this meals..shouldn't! unless you like to eat fat pads of the shoulder. tak banyak isi daging..but the black paper gravy was good. maybe kambing tu tak workout so lemak bermaharajalela kumpul kat shoulder 


Chicken Spaghetti?? Sliced chicken breast on spaghetti with tomato sauce, cheese and garlic bread. The taste was just ok-ok la..I think the price was about RM20-23.It's not that i'm not a big fan of spagetti, BUT THIS IS COOKABLE BY DUMMY LIKE ME..



Firecracker Fish..Grilled fish grilled with spicy glaze. got additional rice for this menu..OKKKK lupa harga dia berapa..dah berkurun pergi  makan kat chilli's

I tend to be quite calculative when spending money on expensive foods, it is crucial to choose menu yang betul so that you don't mengomel2 sambil makan. Food presentations and decorations was superb.I think most of the foods here are supposed to be delicious but we didn't pick the right one. So we walked out from chilli's with disappointment for not being able to finish the dishes..ya allah ampunilah kami, hihi and had to pay for the price that can support our perut untuk breakfast nasi lemak seminggu

So at last we came up with a conclusion that, "We should just order their burgers!". Nothing ever goes wrong with burger am i right??

very large portion..nasib baik pinggan is bigger than my face.


Chillis Restaurant & Bar
G Floor, Lot E011B, Mid Valley