Salah satu tabiat kite yang tak baik adalah pantang dengar ada konsert free, mencapang terus telinga nak pergi. Tapi satu masalah, there is always contradictions between what i like to do and what i shouldn't do. Sebab pergi konsert tu macam bersuka berlebihan, akan rasa bersalah kerana menzalimi diri sendiri dengan hal keduniaan yang berlebihan.
Padahal dok dalam bilik, sembahyang laju laju pastu terkam internet pon menzalimi diri sendiri jugak. Makanya, tiap kali pergi konsert, esoknya kite akan pergi ceramah agama *bajet boleh cover kesosialan*
Kebetulan, hari sabtu ada twin tower alive, hari jumaat ada program kat UIA Gombak. Kite pon pergi la dengar ceramah Mufti Ismail Menk pasal control la diri bila pakai internet. Selepas lega menghadiri ceramah agama, balik tu boleh la pikir nak pi konsert pakai baju ape, berapa inci kah wedges yang harus dipakai supaya nampak bulu hidung si artis, time bila nak singgah mydin untuk membeli poncho in case hujan dan berpikir cara cara untuk merempuh barisan pertahanan yang datang konsert awal padahal mustahil mohon jumpa saya di ICU dengan buah tangan ferrero rocher selepas ini..
Hari tu pergi dengan adik+housemate lama, blogger cute fatin liyana shii~ tambah shii kerana muke cam awek korea. ngak ada fotonya sama fatin sebabnya shawl dah terkebelakang sampai terkeluar jambul lantaran daripada kesibukan menjengket-jengket kat tepi pagar. Sebab malas nak rempuh manusia manusia, so kitorang duduk agak jauh sebenarnya.
Sampai sana pukul 8.40 gitu tak start pon lagi. Perasaan konsert yang real diserikan lagi dengan efek sampingan bau ketiak bangla. Bangla zaman sekarang telah dihanyutkan dek arus globalisasi dan modenisasi, semua lepak KLCC je hafal lagu BSB. Lepas one nation mc dengan mizz nina performance barulah turn 2NE1.
gambar dicuri dari youtube. credit to the uploader.
Hari tu birthday bommie unnie, my bias. walaupun muka tegang sampai buccinator muscle tersepit, kalau suruh tiup saxofon tak keluar bunyi gamaknya, tapi suara sedap ala ala RnB. Umur 30 tapi garis garis halus tidak kelihatan akibat terlebih makan kimchi dan octopus hidup yang menyedut nyedut sekaligus memberi rawatan refleksologi kepada pipi. Malaysian blackjack nyanyikan Bom lagu birthday. Aku ni haaa terbabit menyanyi dengan semangat mesti suara terrecord dalam kamera minah sebelah. (padahal minah sebelah kiri adalah atin dan minah sebelah kanan adalah adik)
Pipi yang extra tegang menyukarkan proses meniup lilin atas kek
Tapi dalam banyak2 member, Dara la paling natural beauty, humble and appreciate fans. Asal datang phillipines je nak makan sinigang tu la yang jadi humble tu. Yang lain macam ala ala Diva sikit.
Backstreet boys performed untuk penutup. Puas hati dah la free lama lak tu dorang nyanyi. Mana mana konsert pon, malaysian crowd ni suka menyanyi, so nampak happening je, tapi kadang-kadang annoying gak rasa nak siku orang sebelah. Pastu orang Malaysia ni suka buang sampah merata-rata.
lap peluh
BSB pon siap selca kat klcc, padahal kau artis weh. Comel je berperangai jakun begini tengok klcc.
No comments:
Post a Comment