Wednesday, 6 April 2016

Tips Budget Backpacking ke Bromo Solo. ITENARY BROMO



Sampai kat airport. Aku lepak kat surau airport surabaya ni dulu sebab bas damri yang akan ke terminal bungawasih tu bergerak pukul 5 pagi. sempat la tidur dengan zuhud kat surau airport ni. jimat pun jimat. backpacker la katakan. Surau dia kecik je. campur pulak tu laki perempuan. tapi setakat nak rehat guwa takdak hal. 






Berangkat dari

1.       Airport juanda à Terminal Bungawasih@Purabaya
Bas paling awal: 5 pagi
Masa perjalanan: 45 minit,
Tambang bas:  20ribu

2.       Terminal Bungawasih ke Terminal Probolinggo

Tambang bas: 30 ribu
Masa perjalanan: 2 jam
Bayar tambang masa atas bas
Frekuensi bas: setiap jam

Bas akan berhenti depan terminal. Jangan masuk dalam terminal sbb nanti dorg menipu. 

Pergi kat luar terminal tu nanti akan ada angkut2 kat tepi jalan yg tunggu tourist untuk ke bromo.
Dah sampai probolinggo ni boleh  naik angkut pergi air terjun probolinggo tapi haritu x sempat sebab ingatkan lambat


ni driver angkut aku. aku tunggu sini dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari. hampeh betul. dorang ni tak kan bergerak selagi angkut tu tak penuh


3.       Terminal probolinggoà Bromo


Tambang:- 30k-50k depends nego
Disadvantage:- kena tunggu angkut penuh. Kadang2 kena tunggu sampai 2-3 jam. Haritu sampai terminal pukul 9 tapi tunggu angkut penuh smpai kol 12


Bapak angkut akan suggest guest house yang ada. Kalau nak best amik quest house paling atas contohnye cemara indah dgn pak yog guest house. Sbb boleh nampak volcano dr tepi guest house. Most guest house ada wifi n air panas. Kalau rajin boleh survey sendiri  tapi flat rate dia sama je.
Bayaran 1 malam:- 150k single room
Yog house ni kecik je ada dalam 7 bilik kat situ, toilet kongsi.
Mostly single bed. Wifi n air panas ada.
Susah nak cari kedai makan time malam sebab dorg tutup awal. Bawak la magi ataupun makanan instant lain.
Time petang tu boleh jalan2 sekitar guest house tangkap gambar or jalan2 cari jeep ke bromo pagi esoknya

Harga jeep: 100k





kecik je guesthouse ni macam kandang kambing haha ade katil sebijik dengan meja mekap. jadi la nak landing. lagipun most travellers yang datang bromo  ni stay sehari je lepas tu dorang gerak g tempat lain







Sunrise di Pananjakan. 

Aktiviti ni yang aku paling suka. Actually aku sampai kat guest house tu pukul 3, lepas tu aku g solat dan jalan2 sekitar bromo ni. Pukul 5 aku balik bilik pastu aku tertidur sampai pukul 11 malam. masyaallah. aku bangun, solat2 semua, pastu aku bukak wifi. rupanya tuan hotel dan off kan wifi tu sebab dia ingat semua orang dah tidur. gigih aku gi ketuk bilik tuan hotel dengan taik mata bertepek kat mata aku ni sebab nak suruh dia on balik.
so aku stay up sampai kol 3 pagi. kol 3 pagi je dah dengar bunyi penghuni bilik sebelah bangun bersiap siap nak tengok sunrise. pakcik ojeg pun dah tunggu kat luar. aku pun siap2. 
 cantik sangat masyaallah perjalanan nak naik penanjakan ni. memang gelap gelita. ada lampu ojeg je, pastu aku pandang langit penuh dengan bintang terang. rasa nak menangis.
Pananjakan 1 dan Pananjakan 2. Tak sure mana satu lagi cantik
Pananjakan x de bayaran masuk. 

Sampai ke Penanjakan tu dalam 30 jam, kena naik bukit dalam 1 km sebelum sampai puncak. pastu aku ni dah la gendut tak larat nak naik atas. aku naik kuda. kuda ni pun macam nak mati angkut aku kesian dia. ko nego ngan pakcik kuda ni. ada ke nak ketuk 100 ribu. 














'







Jeep tunggu kat bawah.
Tempat2 ni dalam taman negara bromo. Kena bayar entrance fee
200-300k (depends weekdays/weekend)
Spend la masa dalam 4-5 jam kat sini


Kawah bromo
Savannah
Pasir berbisik
Bukit kingkong
Bukit teletubbies

**hari tu tempat tempat ni tutup sebab eruption

Lepas habis je lepak atas puncak bromo ni, aku gi cari ojeg aku tadi pastu balik bilik sebab aku nak gerak pergi kawah ijen. perjalanan gi kawah ijen ni ambil masa 6 jam. kalau gerak tengah hari nanti sampai ke sana dah malam pulak.

dari guest house nak ke terminal probolinggo kena naik angkut tadi la. harga 50k.




Ada dua pilihan untuk naik public transport/ travel agent. 

Public transport kena naik 3 bas dan 1 ojeg untuk smpai ke kawah ijen.
Aku pilih naik travel sebab aku dah penat sangat. sampai je probolinggo korang mintak angkut ni berhenti kan korang kat depan ofis travel agent ni. haritu aku naik Hans travel/ mitra travel.
Bayaran: 200k untuk 2 ways. memang berbaloi gile sebab termasuk perjalanan dari Probolingoà bondowoso
Plus tour untuk naik kawah ijen malam nanti
Bondowosoà probolinggo

bayaran :150k-200k

Terminal probolinggo ke kawah ijen 
Sampai di bondowoso
Menginap di guest house Catimor

Bergerak dari guest house ke kawah ijen dalam pukul 12 malam
Bayaran masuk: 150k (foreigner)
Total hiking:- 2- 3 jam
Sampai ke kawah dalam pukul 3 pagi
Tengok “Blue fire” dan sunrise. Subhanallah cantik gile. Blue fire ni kalau time hujan nanti tak nampak sangat sebab asap banyak. bawak mask datang sini sebab kandungan sulfur dalam udara tu tinggi dan boleh buat sesak nafas.












]

Wednesday, 11 February 2015

my life as a houseman

I've been working as a houseman in hospital **** since august 2014. and you know what, my life has tremendously changed. I'm not sure if it is something that i regret or it just some sort of challenges that Allah has prepared for me. Life as a houseman is not bed of roses at all. but i learnt new things everyday, from the patient, from my colleagues as well as my superior. The good and the bad.

I started my first posting in OnG. it was hard to gain trust from your medical officer especially when you are a first poster, there is lots of things you need to learn, and you need to learn it fast. you get scolded, get tired, you get burn out. things like this happened and almost everyday i woke up saying that " i want to quit! i'll figure out my life later". Things is you cant figured out you life because you have aggreement with MARA pastu dah berapa ratus ribu duit rakyat kau habiskan. Now you have to serve for your people. lepas tu tak boleh quit sebab you have your family's, datuk nenek moyang's expectations to fill. you cant let them disappointed dont you?  i stay with my family but i barely even have time to talk to them. Taaaaapiiii, kadang2 benci kadang2 suka dengan kerja ni. yup i feel so bipolar nowadays. kena kerja sebab nak duit bayar hutang. and kena dapat no MMC tetap. haiyah. tapi kena ikhlas kerja untuk masyarakat kalau tak sia2 je tak dapat pahala. 

Dapat gaji je makan cuti je makan. sebab nak release stress.  then kumpul duit dapat gi travel. tapi macam pelik sebab, you buy things you want with the money you get from the work you hate. haha. tapi lama2 ok la kot boleh adapt je jadi houseman ni. tapi stress memang stress. stress is our middle name. nak deal dengan perangai manusia punya la banyak kat hospital tu. memang kena banyak bersabar dan beristighfar. Tapi culture rakyat malaysia, parents nak anak belajar rajin2 dan jadi doktor, engineer. bila nak difikirkan balik kalau tengok amerika atau british, dorang keje banyak yang based on minat sendiri. tu kan lagi best. lepas tu orang malaysia ni mentality dia fikir doktor ni kaya. hah?? our working hours are double than you. kalau hang nak jadi kaya hang sanggup ke kerja 75 jam seminggu? sebelum tu kena belajar 5-6 tahun lagi tu. beli buku dah lah mahal sebiji RM100++++++
ok cek tak marah aih..just saying.

Guess what did i bought with my first salary??? i bought a mattress! as a token of appreciation for me for standing  and running and climbing the stairs for more than 16 hours a day. sebenarnya nak habaq mai, only houseman can understand houseman. cita banyak pun bukan hangpa paham.

and 4 months of working, i was able to travel to south korea. unplanned and aprubtly. Alhamdullillah



happy le tu ade asap keluar kat mulut. JAKUN.








Braces update- retainer story

holla! weh dah 8 bulan tak blogging.hew hew. just want to update you guys i already removed my braces on November 2014. Memang kita pakai sekejap je. 1 tahun 6 bulan. Nak bukak jugak sebab time tu nak convo and dentist cakap x pe sebab gigi you semua dah rapat. tapi dentist hampeh dia kate kalau you nak bukak braces you kena bayar semua installment yang tertunggak dulu. ceit. but anyhow memang kena bayar pon hutang semua then baru rasa relief kan.

Kesimpulannya 1 setengah tahun pakai benda alah ni memang seksa nak makan. tapi dia mcm buat orang nampak comel plak bile ada besi kat gigi time senyum hehe. ok. berbaloi segala penat lelah gi follow up tiap2 bulan.

Lepas tu jangan lupa pakai retainer. Disebabkan kite pakai retainer invisible, i lost my retainer
because it was TOO INVISIBLE to my naked eyes! jatuh je mengagau nak cari pastu time makan kena bukak pastu mengagau la mana pulak aku letak and I had to replaced it with the new one that costed me RM300. omjay plastik bodoh ni harga dia RM 300 like wat the heck. tak puas hati aku nak tukar kerja jadi si pembuat retainer pulak pasni


yang menyedihkan lagi, retainer kedua kite patah pulak. sebab aku ni ganas sangat. tak tau kenapa boleh patah. patah 3 pulak tu! then kena kite tukar retainer yang besi pulak. lagi mahal harga 500 untuk gigi atas dan bawah




invisible retainer




banyak gigi kau



Wednesday, 7 May 2014

Ben's dengan FL dan Emalina- Cerita bandung

assalamualaikum

Hari tu kan lepas berkerut kerut dahi jawab exam final, sementara nak gugur jantung tunggu keputusan keluar sempat lagi hangouts dengan ex-housemate kat bandung dulu.

Primadona pon boleh la
Ex-housemates yang tahan dengan perangai kte yang pelik.
Masa duduk dekat bandung dulu tiap2 pagi ahad je ceq hilang pi pasar pagi dekat universiti yang penuh dengan pondan mengamen muka botox tapi macam kena anaphylactic shock je. yup pondan tapi bertudung tapi pakai skirt. konfius sudah. pergi pasar beli jambu batu pink balik rumah masuk dalam blender pastu buat jus. dapnye

Atin ni housemate dari 2nd year hingga 3rd year. Rasanya paling banyak spend masa dengan atin masa dekat bandung sebab nya ktorang bertiga je duduk kawasan perumahan jauh dari orang lain. Pi makan dekat indra sampai food poisoning tengah malam lepas tu bawak pi klinik, beli tiket midnight movie tapi pi tdoq dalam wayang, merempit tengok konsert MOCCA yang dipenuhi anak-anak fakultas FISIP berambut afro baju tak gosok la, tengok konsert Siti dekat bandung, shopping, semua la. Kalau atin luahkan perasaan pasal haters je ktorang pulak yang emo kihkih. Oh rasa tak sabar nak balik bandung balik.


Ema ni orang first kte jumpa masa interview MARA kat HUKM. masa jumpa first dalam hati cakap eh comel sangat perempuan ni onyonyo. Balik je interview cari nama ema kat friendster lepas tu stalk gambar dia sebab comel sangat *dah kenapa buat confession secara terbuka*

Ema ni la yang introduce iols dengan k-pop. masa first year dia datang bilik pagi-pagi nak pinjam internet sebab percaya dak kat floor ktorang tu, bilik kte sorang je ade internet connection walaupun tak bayar bil berbulan-bulan sampai orang kate kte ada skandal dengan si akang pasang internet tu. time tu la terlaghoo lak ema ni haa siap pasang youtube lagu SNSD tunjuk tiffany la taeyon la padahal semua perempuan tu muka macam sama je. hah dua tiga hari lepas tu bergema bilik gwa dengan lagu k-pop. padahal umur dah 19 tahun baru tau k-pop tu wujud. Budak-budak zaman sekarang baru tau sit without support for 10 minutes pon dah boleh menari gangnam style gitu.

orait cerita pasal makanan pulak


Mexican tortilla, RM 24.90




Soft crab mee?? RM 24.90
yang ni muak sikit tapi sedap! rasa macam isi ketam garing tabur kat atas tu sedap




Beef Lasagna, RM 24.90
Ice lemon tea RM 10.90

main bedal je order sebab menu dia tu tulisan berangkai kalah handwriting dak Hamka masa tulis puisi. Daripada power spek ni naik baik iols order je menu yang paling ceroh mata tengok


Bangla tolong tangkapkan gambar kitorang telah membuat lawak menyebabkan ketawa badan bergegar


Lepas makan pergi tengok oculus sambil running commentary sampai sakit tengkorak frontal sebab berpikir terlampau kritikal.
thanks girlfriends. :)

banyak yang belajar dalam 6 tahun ni.
UNPAD banyak mengajar erti merendah diri walau setinggi mana pun pangkat dan darjat kita.
UKM banyak ajar pasal perseverance dan determination walaupun kena marah semua tapi jiwa harus cekal dan tabah.

Tuesday, 22 April 2014

happy 1st birthday to you braces. BRACES STORY updated

4 bulan tak update blog. Dah macam zombie mengadap buku dan internet. whiteheads blackheads visible without magnifiying glass. Dark circle dah macam bontot kuali. Kadang-kadang jenguk jugak trafik blog ni. Mostly orang dok search pasal braces dengan pulau perhentian. rasa terharu google ni masukkan blog ni dalam search result dia. sobs kesat hidung kat lengan baju. tapi yang pasaipa hangpa dok tanya pasal prosedur, harga gigi palsu kat ceq. me not a dentist, me dont know. sorry. kebetulan mak buat gigi palsu kat klinik gigi aina tu je yang boleh share.

pasal braces pulak. ada yang tanya boleh tak pasang untuk gigi bawah je, atau gigi atas je. Ada yang kata dr aina cas rm1900 untuk braces atas/ bawah. iols ada gak kawan yang pakai bawah je dulu due to financial constraint. nanti dah keje dia pasang atas. tapi kalau pasang atas bawah lagi senang untuk follow progression gigi and jaw movement tu. kalau gerakkan satu bahagian je takut nanti ada under bite or prognathism, gigi berlaga.

back to the topic, braces. April ni dah setahun rupanya pakai braces.


alhamdulillah rasa bersyukur sebab pakai braces hahahak kalau tak terpercik air liur kat kawan masa buat presentation.


Jadi 6 bulan lepas dentist cabut 4 biji geraham, meninggalkan rompongan diantara gigi sebanyak lebih kurang 6 mm Lepas tu kan dia bagi elastic rubber nak rapatkan gap antara gigi tu yang wajib dipakai 24 jam sehari dan ditukar 3 kali sehari.  ini pengakuan jujur.. memang tak compliance beb. this might sound gross tapi kadang-kadang lupa nak tukar sampai 2-3 hari. so 2- 3 hari la rubber tu bertukar kaler. kalau makan tempoyak jadi kuning, kalau makan red velvet, jadi merah. kalau telan clorox?? teehee


kadang-kadang dah cabut masa mandi, pastu lupa nak pakai balik sebelum pergi kelas, 2-3 hari jugak la gigi ni tak ditarik. bila tak compliance gap gigi tu lambat tertutup, lepas tu kalau makan ganas sikit lagi-lagi kalau makan daging not fully cooked kat seoul garden kan sebab kebulur sangat, boleh terasa kot gigi tu bergerak ke depan balik.

makin nak exam makin banyak la minum kopi, kalau tak 2 cawan sehari tak sah. gigi makin kuning, makin malas nak gosok gigi sebelum tidur. Sebabnya i dont have fix time of my last meal. payah ni kalau nak buat emergency surgery sebab tak tahu when is the last meal. nanti kena buat sellick maneuver terkebelakang cricoid cartilage kena tekan dengan anaesth. pastu time tidur pon tak fix. nanti dah gosok gigi pi bukak peti ais mengunyap kudap2 lagi pukul 2-3 pagi. so malas nak gosok gigi.

natijahnya, gigi telah berlubang hasil aktivitas persatuan bakteria durjana. lagipun lepas dia tarik, at certain point, gigi akan berlaga sebab anatomy jaw telah berubah dek besi braces tu. dagu menjadi taguk kalau sangkut kat bahu orang boleh digunakan untuk mengurut. bila gigit kuat sikit, gigi boleh retak sampai ter-exposed ke urat saraf.

2 minggu jugak la duk tahan sakit masa makan. kalau makanan tu masuk je kat gigi yang berlubang tu, masyaallah rase menyengat tuhan je tau. dah 2 minggu baru  jumpa dr tampal. dentist korek2 gigi 2 batang tu dah rm60 sebatang, pastu tampal rm10. so dalam rm 140 jugak burn hoish kaya jadi dentist ni. Complicated rupanya penjagaan braces ni. tapi gwa ni jenis yang selamba dek je. tak pakai pun interdental brush. berus pakai berus baju je senang. terpelanting semua bakteria.



kenapa begitu hardcore mempamerkan kekuningan gigi sendiri dari bulan pertama hingga sekarang. bukan narcist tau. nampak tak gap gigi tu dah kecik. hehe. ingatkan nak bukak before convo tahun ni. tapi dr aina nasihat minimum kena pakai 1 tahun 6 bulan sebab takut gigi tu boleh gerak-gerak lagi nanti jadi jongang balik.


Ada sesetengah orang kan, dia pakai braces sebab nak kurus macam Girl's Generation. bahaha

itu semua dusta. that myth seriously dont work for me. lepas 1 bulan sakit tu kau akan bedal je semua makanan kat dapur tu. terkurus sebab asyik pergi kelas lambat je lepas tu berlari2 takut kena marah dengan specialist, rupanya dah mencapai target heart rate tanpa disedari.

oh ni copy dr dr ben. Tip: if you want to lose fat. Do low to moderate exercise & aim your heart rate 50-60% of your 'Target Heart Rate (THR)'. (THR is 220 - age)

kalau lepas jogging kat tasik permaisuri setakat 15 minit tak sampai target heart rate pon pastu pergi bedal ayam penyet kat wong solo, laghoo je semua tu.

ok bye. i don't think i can provide any more information regarding braces. rasa nya dah all out ni.. daaaaa~ thanks for reading. :)

Tuesday, 5 November 2013

Wondermama at Bangsar Village

Sebenarnya hari tu tengok si Steve Reed ni masak Nachos kat youtube. Chef paling sedih di alam semesta. Cuba tengok video ni memang sedih gile. Kesian sangat macam nak tak nak je masak, lepas tu macam ada shortness of breath and waist circumference yang tak disyorkan oleh FDA. blerghh FDA tu ape pon aku tak tau. Tapi semua masakan dia jenis yang instant and cost you a dollar or to dollar per person. Kesian la dia ni pun JPA tak masukkan elaun jugak ke gegege..


Dah lama dah memang teringin nak makan nachos macam cerita mexico tu kan. Me Gusta ! walaupun sebenarnya beli keropok Jack n Jills kat kedai pon kedekut, tapi gwa nak gak pi Wondermama kat Bangsar Village sebab nak rasa dip sauce dia ni. 

Makanan kat sini boleh tahan sedap, harga pon standard macam Secret Recipe je. Portion sangat besar memadai untuk menaikkan berat badan sebanyak 1 kg hehe. Beverage ranging from RM4-9++
Main course yang kitorang order ni, Nyonya laksa dan Nyonya Mee Siam, masing-masing RM13.90. Kite suka mee siam dia tapi masam sikit sebab tertuang semua kuah sekali. Siap nak mintak kuah extra lagi sebab mula-mula ingat tak cukup. Rupanya dia memang serve dalam cawan kecik. Beef Nachos ni harga RM15.90



Nyonya Mee Siam, RM 13.90.  Tolong la gwa bukan kambing. timun tu one quarter daripada mangkuk ape ke he.


Beef Nachos, RM 15.90

Yang tak berapa nak berkenan pasal kedai ni la kan, banyak meja dia yang panjang. Tak privacy sangat. Haritu kena duduk sebelah strangers, so kena la behave sikit dan tak boleh bergosip pasal prof kuat kuat kan. padahal ikutkan hati nak camwhore beriya-iya kan sebab jarang makan sini. Semua orang kat Bangsar ni memang cantik, dan kaye ke?? sebab ktorang rasa macam sakai je datang sini.


Tengok mangkuk. Sia-sia belajar dinamika kemahiran kat matrik dulu

Tuesday, 1 October 2013

6th appointment- braces story


Entry ini special untuk Nad dan Farah Hani. Yosh cepat pakai braces sebelum kahwin. Agagaga ngak nyambung. Lagi cepat lagi bagus.

6th appointment! Dah pasang rubber band untuk tarikkan gap antara gigi tu. Sakit bak ang!! Kalau pakai konsisten 24 jam sehari, gap tu boleh gerak dalam 1 mm sebulan. My teeth gap ni dalam 6 mm dentist kata, kiranya dalam 6 bulan baru boleh rapat sepenuhnya *kalau compliant haha*  the pain is throbbing in nature. berdenyut denyut to the extend that i want to smash my teeth to the wall. ok hiperbola


Dah macam buat developmental assesment untuk baby dah teehee.

Sunday, 28 July 2013

sahur depan mayat. *ini bukan entry seram.seciput pon tidak*

Dear future me, one day you are going to read this post and realize how much time you have wasted in your life teehee


Salah satu benda yang gwa menyesal tak buat masa kat unpad dulu adalah belajar anatomy betul2. Selama kat pre clinical years, pernah sekali je tengok cadaver depan mata. So camne ktorg belajar anatomy? Pakai buku je, dan mannequin rangka manusia bernama Suparjo *saje je kasi nickname hihi* yang menjadi rebutan 49 orang di dalam kelas. Tapi sebab gwa malas nak layan berebut rebut dengan group tutorial lain dalam keadaan lab yang haru biru dan panas bak hang tu, i decided to sleep. Bukan sekali, tapi beribu ribu lemon kali.


Natijahnya, sekarang ni aku sangat bengap bab anatomy sampai tahap kena bersahur depan mayat..dalam youtube.hehe.sebabnya neuron tak bersambung kalau baca buku sendiri, so kena tengok video. tapi semangat tu sementara je time posting kat hukm sebab adrenaline rush nak jumpa supervisor



caffeine intoxication dan menjadi hyper


Next rotation dekat hospital teluk intan, bermaharajalela setan malas dalam kepala otak. Daripada baca buku anatomy, baik habiskan masa duduk tepi tingkap tengok kelapa sawit atau selotep charlie charlie peliharaan yang sesat dalam bilik supaya tak berbirat muka disengat mereka.


moral of the story:- belajar lah untuk manfaat seumur hidup, bukanlah untuk jawab exam je,