Thursday 24 January 2013

GDA PART 2

Sambung jangan tak sambung. Sebagai golongan minoriti, gwa dengan dell selalunya underground je kalau buat aktiviti aktiviti laghoo ni tapi selalu nya mesti ada halangan bila nak buat benda kurang sihat gini.

Kelas ktorang habis lambat time tu. Hari first GDA, kelas habis pukul 3.30 petang, hari second habis pukul 5 petang padahal selama ni pukul 1 aku dah balik bilik tidur, boleh pulak dua dua ada exam time tu, terkubur la harapan nak menyambut bias bias di airport.. Masa pergi Shout Award hari tu pon sama. Lecture forensic habis kol 6.30 wei sampai berlari lari nak sembahyang asar kat surau fakulti.

Hari kedua GDA macam best sikit. Sebab ktorang dapat tengok dekat sikit and cari port yang tak dihalang oleh pakcik kamera lagipun tengoklah kawan ktorang ni comel sangat bawa bangku bilik air yang digunakan untuk membasuh kasut sekolah ke konsert. Jangan biarkan ketinggian menghalang anda daripada melihat oppa oppa sekalian.


Bangku basuh kasut sekolah yang epik


kali ni kena tepek gamba sendiri pulak. sorry ye readers jangan gag reflex


Posture badan yang bongkok dan eyebag yang sampai ke dagu membuatkan muka gwa nampak macam orang chronically ill without oxygen mask





Sepang F1 Circuit ni tak pernah termasuk dalam aku punya list tempat untuk dilawati pon.

























 bapak le semangat shake your body muka macam tengah tolak lori bancuh simen je tu. Cabut lesung bahu kang abang oiii

siapa yang nak tengok fancam G DRAGON, INFINITE dengan HONGKI, SHINEE leh la klik sini

http://www.youtube.com/user/faroroh/videos?view=0&flow=grid

Saturday 19 January 2013

Golden Disk Award


Sebagai seorang student, benda menarik sangatlah antonim dengan hidup ini. Paling menarik yang berlaku dalam kehidupan sehari hari adalah bila elaun bulanan dah masuk, kelas cancel, dan bila dapat banyak cop untuk logbook. Jadi kerana sudah menjangkau 23 tahun, terdetik hati kecil ini nak buat benda yang menarik dalam hidup tetapi haruslah berkadar langsung dengan ketebalan duit dalam poket. *padahal memang selalunya berkadar songsang la*

Hari tu pergi ke Golden Disc Award hari tu muahaha. Twins Of Faith tak nak pergi pulak kan kau. SILA BERSEDIA UNTUK MENERIMA TOHMAHAN MASYARAKAT..lek luuu derr..so i guess enough pretending that my life was cool for 2 nights..

"Weh kenapa kau pergi weh.kau memang fanatik kpop ke."

"Kenapa nak kena pergi tengok artis korea ni? maksiat je semua ni. suara sengau banyak hingus, miming je, baju seksi nanti  menggelegak otak terbakar dalam neraka, dahlah muka semua tegang terlebih kolagen lamor2 kan nenek aku lagi cantik la wei"

Cecece dah biasa dah dengan ayat haters ni. Kadang kadang rasa betul jugak apa dorang cakap

Anyway, ketahuilah bahawa sekali kau dah terjebak dalam fandom ni memang perahu kau tak de gear reverse nak undur balik.

"Taklah aku biasa biasa je sebab banyak gile artis aku tak kenal. Minat 3-4 kpop group je..tapi yang lain dengar la..Lagipun memang saja nak kasi duit kat dorang ni biar bunkface tak dapat kahwin sampai ke tua" hash tag sarcasm hash tag.if you know what i mean..hehe.

Bab kena bakar dalam neraka tu kita doakan jelah mereka dapat hidayah Allah walaupun diorang tak mencari.

Hari tu malas nak isi minyak kat Cheras.sebab of coz la on the way nanti ada petrol pump kan..tettt! jawapannya takde..cuak gila dari simpang nilai dah tak nampak kelibat petrol pump pon, sampai dah kelip kelip meter minyak 35-40 meter lagi kot nak sampai F1 Circuit tu sampai ktorang kena tutup aircond dan neutral kan gear dan guna kuasa graviti dan momentum untuk menggerakkan kereta ke hadapan. Kereta lagi lembap dari lori angkat balak wa cakap lu..thank you myvi sebab behave dengan baik T.T

Banyak bunyi pulak kan, meh tengok gambar sosial ni ha


Hari ke-2



Fangirls yang delusional dan forever alone aha
gambar tak payah besar sangat jangan gila kuasa 




Solat penting walaupun hati mau berpoya poya tak pelah masuk konsert lambat dan dapat berdiri kat line belakang belakang pon tak pe. Kecewa sebab litar sepang yang punya lah gah ni tapi surau daif..sekali pandang macam stor, dua kali pandang macam reban ayam. tiga kali pandang ahhh tak payah pandang pandang cepatlah sembahyang. Tapi surau kat dalam tu orang kata ok. Cuma ktorang tak sempat masuk sebab surau kunci so solat kat tepi koridor je.

Muka semua artis cam lebih kurang je, kau anak siapa?? Bila rasa lagu tu sedap goyang goyang kan la light stick gratis ni sebab berdiri tegak sangat macam tunggul kat tengah tengah tu. Best jugak la sekali sekala lepas tension.


kepada fangirls lain jangan sawan pulak tengok deme ni..





seksay btoi minah ni..aurottt
seksa mata memandang, seksa lagi hati yang melihat kaki mereka kecik macam ayam..







Bila GD kua je time nak snap gambar dia la tangan terus menggeletar..perghh penangan GD membuatkan gwa tremor. Sebab dia kurus kering sangat cam kanak kanak afrika yang albino jadi tak sampai hati cek nak heret ke tok kadi seperti yang dirancang dalam entry yang lepas untuk mengelakkan patah riuk tulang 4 kerat beliau, lagipun GD kan dah ade awek. Kiko Mizuhara lawa gile la. Aku ni macam bangla kerja lombong eloklah berpijak di bumi yang nyata






















Tak kenal sorang sorang pon tapi buat buat kenal sebab dah bayar tiket

Dah nak habis tu kitorang pergi masuk je Rock Pit Zone sesuka hati sebab security tak nampak. hambek kau dekat gila muka

patutkah ada part two untuk entry ini?

Tuesday 8 January 2013

donate to syria yukkk!!


Don't say "ill do charity when I'm rich", say "I'll be rich coz I do charity"



2nd humanitarian mission to Syria will be launch on 2nd-10th February 2013. These are some aids to be delivered to our beloved brothers there Inshaa Allah.
1. Food Basket/Flour.
2. Blanket for winter.
3. Infant milk.
4. First aid kit.

 Keep praying.

Untuk sumbangan/To donate:
 Maybank: GABUNGAN SALAM SYRIA
No. Acc: 5622-1820-7666
Swift Code: MBBEMYKL
E-mail: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: +60361770786/+60132226057


kesian tengok budak ni. dia ni pelarian syria yang tinggal dekat turkey. jual roti sebab nak sara hidup. makanan yang dia nak jual kena tiup angin :'( he cried over pieces of breads. we cry over...?

Monday 7 January 2013

video hari ini. facepalm



sila jump ke minit 1:00
rasanya diorang baru balik daripada pasar malam kot pastu tak sempat nak habiskan air cup seringgit tu sampai kena bawak cawan naik pentas. pelawok la diorang ni. dah la spek bulat mcam spek aku masa darjah 3.



 

Sila jump ke minit 1;10
ahaha ni lagi sorang, cawan kosong, pi la letak dalam sinki kot ye pon tak nak basuh. Nak jugak bawak cawan naik pentas




sape la kreatif sangat bab bab membahan orang ni wakaka



Wednesday 2 January 2013

kenduri kahwin maria elena dan asfirdaus


Gwa tau blog ni memang sangat bosan. Kalau bukan disebabkan nuffnang memang takde nye nak post pasal personal life yang tak menarik kat sini. Wah tak ikhlas sangat tu bunyinya. Angan angan duit nuffnang tu nak beli tiket flight pergi korea jumpa GD tepi jalan terus heret pergi pejabat tok kadi la.

So entry kali ni penuh dengan muka saja

Hari tu kite pergi kenduri kak maria elena dengan asfirdaus. Apakah hubungan dengan mereka sehingga dapat hadir ke majlis itu? cett tak de pape hubungan pon. Atin ajak budak batch datang, so ktorang datang la untuk memenuhi jemputan. Ktorang sampai menghalang kak maria dan abang atin daripada menunaikan solat fardhu sebab kena tangkap gambar dengan ktorang dulu

Sweet je reception theme kat rumah atin ni warna pink + baby blue


ahli rombongan kuat makan




Terpost gambar printscreen bantuan rakyat satu malaysia pulak. Memang nak suruh Pak Najib dengan Mam Rosmah baca blog ni pon. Mana la tahu boleh naikkan elaun student supaya kitorang dapat berfoya foya di hari minggu ke konsert kpop yang dibenci masyarakat, membeli extra mash potato dan popcorn ketika menonton wayang dan karok di red box diluar waktu happy hour. Pangkah pangkah kita deal kemudian saya memang banyak kawan bangla hehe hash tag sarcasm hash tag.  Ohoi salah tekan dekat tab la ni malas nak delete.



Ayu raudah betul yang depan. Mentang pengantin masing masing hensem and cantik, buat muka macam cicak ke lastik dengan anak anak sidek pon still comel lagi





Cam whore sebab pengantin busy hehe


Cantik kan langsir kat canopy ni boleh buat langsir raya

Barakallah kepada kedua dua pengantin..semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah cewahhhh

upside down












wahahaha.syok sendiri.erotomania.tanda2 perlu tidur sekarang xDDD



and this..


korek tabung nak pi beli krim anti kedutan


and this one

sebab sekarang tengah ENT, gwa post satu gambar tak logik yang related


kat pipi TED ni ade terbenam cochlea kot