Sunday, 28 July 2013

Try hanbok di Korea Plaza, Menara Hap Seng, KL

Entry ini tertulis dengan malasnya

Hap Seng bukan sebarang hap seng, bukan jenama biskut ping pong cicah coffee mix di petang hari, tetapi hap seng ni sangat hebat sebab ada korea plaza. Menara Hap Seng ni terletak di Jalan P.Ramlee. betul betul bersebelahan dengan Wisma KFC. * do i sound like Qi Razali from Jalan jalan cari makan?*
Yang bestnya sebab boleh try hanbok percuma dekat Korea Plaza, dekat ground floor bangunan ni. Tak payah gi korea kak enon simpan buat pi haji je.

Aktiviti:- kelas masakan, kelas tarian kpop, try hanbok
Waktu beroperasi Isnin sampai Jumaat, 9 pagi-5 petang
Parking tak silap RM3 sejam.
Kecik je sebenarnya tempat ni. Receptionist pon tak de hal nye nak layan kau menerai hanbok ni. buat je muka tak malu tak de sape kisah nak selca tanpa henti




Ajuhmas sakit pinggang setelah penat mendemonstrasi cara memasak sundubu jige, tu yang depa duduk kat kerusi lama sangat tu sampai ktorang tak boleh nak try baju 


Sikit je hanbok dia. Jangan fanatik sangat sampai bergusti dengan kawan.







Makasih kepada housemate sebab temanin guwe



Jumpa sapa ntah ni kat tepi jalan. Kaut sekali masuk dalam gambar. Kpop menyatukan kita semua??? padahal berebut pakai hanbok dengan depa ni

No comments:

Post a Comment