Sunday, 28 July 2013

sahur depan mayat. *ini bukan entry seram.seciput pon tidak*

Dear future me, one day you are going to read this post and realize how much time you have wasted in your life teehee


Salah satu benda yang gwa menyesal tak buat masa kat unpad dulu adalah belajar anatomy betul2. Selama kat pre clinical years, pernah sekali je tengok cadaver depan mata. So camne ktorg belajar anatomy? Pakai buku je, dan mannequin rangka manusia bernama Suparjo *saje je kasi nickname hihi* yang menjadi rebutan 49 orang di dalam kelas. Tapi sebab gwa malas nak layan berebut rebut dengan group tutorial lain dalam keadaan lab yang haru biru dan panas bak hang tu, i decided to sleep. Bukan sekali, tapi beribu ribu lemon kali.


Natijahnya, sekarang ni aku sangat bengap bab anatomy sampai tahap kena bersahur depan mayat..dalam youtube.hehe.sebabnya neuron tak bersambung kalau baca buku sendiri, so kena tengok video. tapi semangat tu sementara je time posting kat hukm sebab adrenaline rush nak jumpa supervisor



caffeine intoxication dan menjadi hyper


Next rotation dekat hospital teluk intan, bermaharajalela setan malas dalam kepala otak. Daripada baca buku anatomy, baik habiskan masa duduk tepi tingkap tengok kelapa sawit atau selotep charlie charlie peliharaan yang sesat dalam bilik supaya tak berbirat muka disengat mereka.


moral of the story:- belajar lah untuk manfaat seumur hidup, bukanlah untuk jawab exam je,

Try hanbok di Korea Plaza, Menara Hap Seng, KL

Entry ini tertulis dengan malasnya

Hap Seng bukan sebarang hap seng, bukan jenama biskut ping pong cicah coffee mix di petang hari, tetapi hap seng ni sangat hebat sebab ada korea plaza. Menara Hap Seng ni terletak di Jalan P.Ramlee. betul betul bersebelahan dengan Wisma KFC. * do i sound like Qi Razali from Jalan jalan cari makan?*
Yang bestnya sebab boleh try hanbok percuma dekat Korea Plaza, dekat ground floor bangunan ni. Tak payah gi korea kak enon simpan buat pi haji je.

Aktiviti:- kelas masakan, kelas tarian kpop, try hanbok
Waktu beroperasi Isnin sampai Jumaat, 9 pagi-5 petang
Parking tak silap RM3 sejam.
Kecik je sebenarnya tempat ni. Receptionist pon tak de hal nye nak layan kau menerai hanbok ni. buat je muka tak malu tak de sape kisah nak selca tanpa henti




Ajuhmas sakit pinggang setelah penat mendemonstrasi cara memasak sundubu jige, tu yang depa duduk kat kerusi lama sangat tu sampai ktorang tak boleh nak try baju 


Sikit je hanbok dia. Jangan fanatik sangat sampai bergusti dengan kawan.







Makasih kepada housemate sebab temanin guwe



Jumpa sapa ntah ni kat tepi jalan. Kaut sekali masuk dalam gambar. Kpop menyatukan kita semua??? padahal berebut pakai hanbok dengan depa ni

Wednesday, 10 July 2013

BRACES PART 3

Fuhhh haven't updated this crappy blog for quite some time. super duper busy. most of the time were spent sleeping or crying *dah kenapa* haha.

The third month of braces. Oh pardon my ugly face and my yellow teeth. permanent staining due to chronic coffee intake..huhu



Terkedalam tak gigi cek hehe. tu dah cabut gigi geraham bila ketawa dah la tak cover. patut la kawan2 suke pandang pelik -__-''

bulan ketiga doktor dah tukar dawai keras untuk shape kan jaw. sakit nak makang!! bulan pertama dan kedua pakai dawai lembut *padahal guling2 atas katil tahan sakit jugak* untuk allign kan gigi yang berterabur. doktor kata 2-3 bulan lagi nak tukar power chain. lagi la sakit kena makan analgesic before the procedure. bye~ salam