Thursday 4 April 2013

Braces part 1- survey dan appointment

Assalamualaikum

Gigi cek ni tak dak la berterabur macam homeless hippie kan, cuma yang gigi atas ni mancung sikit. Hidung kepek, tapi gigi pulak mancung. Jadi la. Sebenarnya dia tak kacau sangat daily function, tak de la tersembur air liur kat muka kawan kawan bila buat presentation kat depan kelas. Cumanya bila pergi trip ke hospital tanjung rambutan dan tidur di khalayak ramai dalam bas dengan kedudukan kepala senget 45 darjah, mulalah air liur meleleh leleh bangun je habis bertompok weh tudung ni haa.

malu le tu nak tunjuk gigi

Lama gak kumpul duit nak  pasang braces, tapi tak cukup2..ada je benda yang rosak kena beli baru. Akhirnya setelah mensurvey klinik braces murah kat area cheras dengan kajang ni, jumpa pon.

meh buat comparison..

1. Klinik kat Bandar Tun Hussien Onn, braces RM5000, belum masuk cabut gigi, xray, and scaling.

2. Klinik Suria Kajang. Dulu memang murah arround RM3500, 2013 ni dah naik pulak RM 4000, xray tak silap RM130, cabut gigi sebiji RM50, scaling harga lain.

3. Klinik Zarin Ampang. Yang ni cek maleh nak call. Tapi orang kata harga dia around RM3500-5000 dan deposit dia murah sikit daripada klinik lain RM 700 dah dapat kot. Cuma disadvantage dia bulatan depan tesco cheras tu suka jem teruk. For sure I will spend most of the time in the car cursing other drivers. Buat tambah dosa je buat ape kan..Sakit dado den daaaa..

4. Klinik Pergigian Aina, Prima Saujana. harga braces RM3800, cabut gigi sebatang RM30.

Last2, buat appointment dengan klinik pergigian aina untuk consultation.

Dr kata kena cabut gigi geraham 4 biji. Tapi bulan kedua baru cabut.

Dr tak buat XRAY pon hari tu, so tak tahu harga dia berapa. Tak expect pulak dr nak pasang haritu, sebab ada satu patient ni cancel appointment.

Buat acuan gigi time tu jugak. Lepas tu polish gigi. Acuan dengan polish TAK KENA BAYAR tau. baik kan. Pasang braces dalam 30 minit je. Lepas siap pakai tu assistant dr suruh tengok cermin, bapak ah burukk! kenapa kawan-kawan pakai nampak sweet je.

Deposit around RM1200-1500.

The power of MONEY. kalau ada duit bila bila pon boleh buat.  Masa pergi consultation kat klinik kerajaan, dr tu siap pujuk tak payah la buat braces, gigi awak takde la rabbit sangat pon *padahal dia malas nak layan*

Kiranya harga braces RM 3800 nett + cabut gigi 4 batang RM 120
Sebab gwa dah bayar deposit RM 1500, hutang tinggal 2300 yang perlu dibayar ansuran tiap-tiap bulan. Dalam RM 100 sebulan. ikut korang la kalau gaji banyak bayar la lebih.



mancung tak mancung hang habaq mai kat cek..

hipotesis baru:- jika kulit tak flawless, maka mohon jangan ambil gambar pakai dslr. T__________T

Senang la deal dengan dr ni, sekali datang je dah siap semua prosedur. Balik tu bila berhenti kat traffic light, ada la dalam 10 kali duk belek braces ni kat cermin pandang belakang. Time kunyah makanan baru la terasa penangannye. Menangkap urat saraf hingga ke cerebrum dan cerebelum, rasa macam ada orang ketuk gigi ni dengan hammer. Maybe seminggu ni je sakitnye kot..bye2

ini nombor untuk dihubungi:-
KLINIK PERGIGIAN AINA 03-8737536

26 comments:

  1. Faraahh!! kita nak pakai braces juga!!! oh sakit eh bila nak mengunyah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad!! pakai la cepat hehe sementara tak naik harga lg.dh la adik baru blk dr langkawi, dlm peti es byk coklet..bila gigit rasa sakit kepala..makan nasi pon tak puas sbb sakit bila gigi berlaga.tp kte bce org kate 4-5 hari je sakit. hehe nk cantik kena tahan ;p

      Delete
  2. eh kita pon nk pakai.. ngh survey lagi.. mna klinik ag better yg penting kos masih mmpu & xsakit sbb takut jarum.. hahhahahha.. brapa ek total cost incl bracess tuk atas n bawah.. deposit.. monthly.. cabut.. xray.. scalling.. retainer n etc la.. means kos tersembunyi.. plz help me nk pakai secepat mungkin b4 harga pasaran meningkat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite rasa klinik aina ni ok..dr x berkira sgt. ade kwn tu psg kat ampang sampai RM5000 untuk harga braces je. kalau sebijik bracket tercabut, klinik lain siap cas rm100 tuk pasang blk. dr aina ni mcm murah lg.

      buat acuan gigi pon tak cas..xray x tau plak sebab x buat. dia x scaling, dia just polish tu pon tak bayar. memang xde cas tersembunyi.

      yg net kte byr setakat ni cuma

      RM3800 memang untuk harga braces saje(kte deposit 1500, 1200 pon bole gak)

      rm 30x cabut 4 btg gigi= RM120

      kiranya utk treatment 2 tahun ni rm3920. sebulan ikut la nak byr brape. kite byr 100 je.

      dr baik..lembut je..cabut gigi pon tak takut hehe

      retainer tu tak tahu lagi harga hehe. hope this help! :)

      Delete
  3. salam kak farah. akak, sekarang kan tengah cuti sekolah dua minggu. akak rasa kalau nak pasang braces dlm dua minggu ni jugak smpat ke kat dr aina ni? ke appointment dengan dia lama jugak nak kena tunggu? hehe saya berminat sangat, dengan harga dia yang murah ni. cam worth la jugak kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..murni, sempat rasanya. sbb mesti ada patient yg cancel appointment dlm 1 hari tu. Call untuk appointment dulu. Akak hari tu pergi pun tak expect dr nak pasang terus, sebab ada 1 patient tu cancel appointment. Appointment pukul 10.30 untuk consultation gigi, pukul 11 dr pergi ambil anak dia kat sekolah, dalam pukul 12 dr suruh datang balik pasang terus

      Delete
  4. Salam. Boleh dropkan alamat dgn phone number klinik tu tak dekat email?
    blackberry_zaza@yahoo.com

    Thank you ;)

    ReplyDelete
  5. Hai.. Boleh bg contact dr.aina tak? Address n fon no.. invisibleinme@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Bleh dptkan contact num dr.aina? daie.wawa23@gmail.com..thank you..the infos are very helpfull

    ReplyDelete
  7. Please email me cntct num dr aina n the address as well.. :-) hidung pesek.. Gg mncung.. Maluuu.. Nabilla0205@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Salam saya nk tye gigi geraham saya byk rosak dan perlu di cabut d termasuk gigi sebelah kacip kot dah rosak..klau saya nk cabut dan terus buat gigi palsu boleh ke dan berapa bayarannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...tak silap saya untuk cabut gigi sebatang RM30. buat gigi palsu sebatang RM25, untuk tapak gigi palsu RM 120. kalau ada gigi yang perlu ditampal, dalam RM60 sebatang

      Delete
    2. Saya nak tye lgi ,bila boleh siap ye gigi palsu tu..
      Adakah hari kita cabut boleh terus dapat gigi palsu

      Delete
    3. Slalunye lepas cabut kena tunggu 3 minggu utk gusi kecut.lepas tu bole dtg blk utk buat acuan gigi. Dan dlm masa 2-3 minggu jugak la lepas tu bru bole siap

      Delete
  9. salam,kalau pakai braces pada gigi dpan atas sja bleh tak?sbb gigi x tratur pda gigi atas sje

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. secara normal pon kedudukan gigi bawah sepatutnya lg belakang dr gigi atas..mmg kena pkai atas bawah. sebab kalau tarik gigi atas sahaja ke belakang, gigi bawah still dekat kedudukan asal, nanti akan berlaga pulak gigi atas dgn gigi bawah, nanti jadi taguk pulak dagu tu dan susah nak kunyah makanan.

      Delete
  10. Salam..hi, boleh bagi alamat Klinik Dr. Aina tu x? qiz.violeta@gmail.com ;)

    ReplyDelete
  11. Salam..nak tanya, payment by cash saje ke?u tau x?

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum sis. nak tanya skit. harga braces tu bergantung pd tahap gigi kita ke? sbb gigi sy jarang jarang. so tak critical sgt hehe trimas ye :)

    ReplyDelete
  13. Sy buat kt klinik gigi aina gak... Harga ikut jenis braces, sy guna damon braces harga rm5k, klu metal biasa rm3800 je utk atas dan bwh... Xray, cabut, scaling, tampal xtermasuk... Payment cash @ kredit kad, tp kredit kad ada minimum payment br bleh guna.. Better call set appointment utk consultation sbb consultation free jer..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk bayar depo berapa ? Monthly berapa ? Termasuk dgn retainer x ?

      Delete
  14. Salam saya nk tye klau nk buat gigi palsu boleh siap berapa lama yer..
    Selepas cabut gigi boleh terus buat gigi palsu ke...

    ReplyDelete
  15. Awak. tau tak kalo kat klinik pgigian aina ni, kalo pakai braces utk bhg gigi atas shj berape kos die eh? reply kt twitter blh? @fatinnurfaziera tq :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulilahh..sya dh cbut gg depan sebatang dgn gg siung 1 btg..8x cucuk..

    ReplyDelete
  17. Sy nak tanya klinik aina ni lau da appointment pas kene q tak u tuk pasang braces? Sb smlm sy g satu klinik ty lau nak pasang bulan 11 baru dpt pasang lama tu

    ReplyDelete
  18. Sy nak tanya klinik aina ni lau da appointment pas kene q tak u tuk pasang braces? Sb smlm sy g satu klinik ty lau nak pasang bulan 11 baru dpt pasang lama tu

    ReplyDelete