Assalamualaikum
2 bulan cuti makan tidur main internet menangis. Neuron kat otak pon dah putus-putus sekarang ni kena bangun pagi pergi wad, kemungkinan besar akan menangis time gosok gigi dan gosok tudung *padahal tak pernah gosok*
Hari tu kami beramai-ramai pergi bercuti ke pulau perhentian. 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, cuti adalah rezeki. Sebelum pergi,ema tolong contact kan de'penarik untuk deal pasal fast boat dan book kan bilik. So turun je bas dekat jeti kuala besut, ktorang terus pergi ofis de'penarik ni. Meh cek cite sal transport cost.
Bus Ticket dari Hentian Putra, KL ke Kuala Besut (pergi balik) RM 43x2=86
Fast boat dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian (pergi balik) RM 35x2=70
Tax = RM 5
Accomodation- Chalet The Rock Garden, Pulau Perhentian Kecil- got 2 single beds and a toilet
RM 50/room/night.
Kitorang duduk 5 orang so seorang bayar RM10. Ini kerana backpackers sejati haruslah tidur berhimpit dan berebut selimut yang dah bergulung di bawah kaki kawan sebelah *kaki kita la tu*
------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAY 1
Kitorang duduk 5 orang so seorang bayar RM10. Ini kerana backpackers sejati haruslah tidur berhimpit dan berebut selimut yang dah bergulung di bawah kaki kawan sebelah *kaki kita la tu*
------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAY 1
Dari Jeti, kami menaiki bot ke pulau perhentian kecil, lebih kurang 40 minit. Naik je chalet masing-masing berebut-rebut masuk bilik air nak basuh pasir yang melekat kat seluar. Lepas tu mula la kitorang teruskan ekspidisi berjalan di tepi pantai cari aktiviti apa nak buat selain daripada terlentang kat katil bilik. Kitorang book 2 bot untuk bawa kitorang snorkeling kat 3 tempat. RM30/head..nego nego dengan abang bot dapat la 4 tempat RM30. SHARK POINT, CORAL BAY, TURTLE POINT, TAMAN LAUT.
First time cuba snorkeling ni. Tak dinasihatkan untuk orang yang cepat panik sebab nanti air laut masuk dalam hidung. Sebab kelam kabut sangat kayuh tangan dengan tarik nafas tak seirama, boleh pulak tertelan makanan ikan time berenang-renang tu. Rasa macam roti gardenia dah luput tarikh maybe tourists sebelum ktorang yang baling kat ikan situ.
Berenang-berenang tiba-tiba nampak kelibat 2 ekor shark, terus kuak lentang berenang patah balik kat bot mehehe padahal shark kat malaysia vegetarian sebab laut malaysia panas. Shark mat saleh makan orang sebab suhu laut sana adalah sejuk di bawah 8 darjah celsius, bak kata abang bot kami.
Sampai tempat ke 4 masing masing tak nak turun sebab dah hypertension tertelan air laut.
"Tak pe la bang, saya tengok penyu kat youtube je la"
Tu la, orang tamak selalu terbakar lemak sebab berenang. Orang bagi 3, nak 4. Habis kena perli dengan abang bot.
Malam tu lepak dekat tepi pantai..Romantis gitu dengar bunyi ombak tengok bintang di langit sambil minum horlick ais RM4. Mat saleh keliling pinggang ye. Tiba-tiba suasana menjadi riuh rendah. Gwa dengan kawan-kawan lantas membayar bil untuk bergegas ke tempat kejadian. Siaran langsung gossip bersama mak jemah tergendala sebentar.
Rupa-rupanya ada penyu naik pantai bertelur. Tapi orang duk suluh suluh pakai torch light dia pon bertelur sikit je malam tu. Aku ni hah sampai hampir bergaduh dengan orang sana sebab nak tangkap gambar penyu
Makanya, gossip bersambung di bilik. dan tiada siaran ulangan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makanya, gossip bersambung di bilik. dan tiada siaran ulangan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAY 2
Esoknya ktorang pergi snorkeling lagi..pfttttt.RM45/person for 6 spots. Kali ni semua orang pergi. Siapa pun tak boleh duduk kat bilik. Keseimbangan osmolarity dalam badan gwa terganggu dek kepekatan garam air laut yang lebih tinggi daripada sel badan. Turun kat destinasi pertama dah mabuk laut..Turun destinasi kedua semua dah terdampar kat tepi pantai
Tapi aktiviti yang paling best ialah terjun Light House. Light house ni ada 3 tingkat. Tapi sebab ktorang beginner ktorang terjun dari tingkat 2. Seriously ni macam fear factor. Tak tinggi mana pun tingkat dua ni, tapi bila pandang laut kat bawah tu, "wah gelap gile laut ni"..Sebelum kitorang terjun, ada amoi ni punya turn. tapi punya la lama dia nak buat decision nak terjun ke tak, ada la dalam setengah jam kawan dia siap bagi semangat. ktorang sampai memandang rendah kat amoi ni ek eleh rendah je tu tu pon nak takut sangat ke. Rupanya memang takut beb sampai rasa nak patah balik bilik rock garden yang doif tu, nak tidur je la. Because you never know what lies underneath the water. Misteri habis laut ni. Alhamdulillah, semua berjaya terjun lepas dapat sokongan moral daripada kawan-kawan yang kepoh hihi
ROMANTIC BEACH
Ni Mat, family dia macam buat bisnes bawa pelancong naik bot, so dia yang bawa ktorang naik bot hari tu.
Pergh dek mat macam supersayaan terjun tingkat 3
Deep below the Light House..scary!
rasa macam dalam sangat padahal masa snorkeling kita semua kat surface air tu je.
Petang-petang tengok sunset, malam tu berjalan kaki ke belakang pulau untuk makan BBQ. Sepinggan RM15 je. Macam-macam ada, ikan yu ada, ikan double yu, ikan ex, ikan why, ikan zack pon ada. Penyu panggang je tak de.
DAY 3
Pagi esok nye pergi mendaki bukit nak tengok Kincir Angin. Ktorang kena bayar RM50 satu trip kat adik mat untuk jadi guide ktorang yang hebat sebab naik bukit tak pakai selipar. *dah habis makan ubat cacing belum?*
Subhanallah, permandangan dia memang superb.
Tengah hari tu dah balik
Akak pun nak jadi supersayyan gak
Aku ni memang tak pandai menulis blog. Ntah2 apa yang aku cerita ni buat orang lagi tak mau pergi sana. Kesimpulannya, pergi lah bercuti di pulau perhentian, sangat jimat, cantik, banyak aktiviti air dan permandangan yang menenangkan jiwa. Cuma jangan lupa pakai sun screen ber SPF infiniti supaya tak kena skin cancer.
~Tamat~
TQ