Sunday, 26 February 2012

evanescence live in kl 2012


assalamualaikum!!!
*suara sengau sebab lubang hidung ada polyps *

oke dah tak mau emo *kerana dituduh membuat maksiat oleh seorang stranger* nak share gambar pergi konsert.Evanescence live in KL 2012 ni buat dekat KL live kat bangunan life centre, jalan sultan ismail.kalau dari sungai wang jalan je ikut jalan sultan ismail tu.betul2 depan wisma kfc.first2, ingatkan dia outdoor, google2 rupanya indoor.macam dewan la lebih kurang.bangunan ni pon x siap dibina sangat.ade pub je.surau pon tak de.kena pergi mall sebelah wisma kfc untuk solat maghrib.door open at 7. but we lined up at 8.15.dah la kena tahan security 2 kali sebab x leh bawak kfc lebih yang ktorang tapau tadi.pastu xleh bawak DSLR T_____________T so x dapat ambik gambar



geng emo yang nak jadi kurus!


yana yang bertubuh comel kena berjengket-jengket sebab tak nampak stage.lesson:- kena pakai wedges bila g konsert.2 jam berdiri dengan kasut tinggi same je sakit cam jengket kan.baik pakai wedges.



puas hati setelah mengepit tangan security sebab x bagi ktorang panjat pagar.tapi perempuan seksi boleh pulak dia tak marah *padahal perempuan tu memang kepala batu bata azam yang menggunung* so ktorang pon berkongsi kegembiraan dengan mamat ni.t-shirt evanescence yang jual kat tepi2 tu mahal so kitorang pon pinjam sat baju abang ni nak bergambo.




bayar tiket rm98 tapi nak seludup duduk kat tempat rm198 kuang2 memang kena tolak ngan security la kan.urghhh garang nauuu..kau tu jadi security dapat tengok konsert free lagi la tak aci betul.so ktorang dapat tengok tiang dengan kepala orang dan ketiak orang je nye punnnn..



selamat la orang yang datang konsert tu upload video kat youtube.boleh le printscreen..yela nak letak gambar konsert tapi semua gambar ktorang pulok kan


si rambut singa beraksi.nak lawan angin dalam skirt marilyn monroe le tu.




amy lee cakap malaysia panas.ikutkan hati nak je dia main piano sambil duduk dalam peti ais.aircond pon dah kena serap dengan ketiak2 yang menghayun2 tangan macam orang parkinson. pastu amy lee senyum! dia happy sebab orang hafal lagu dia



si rambut singa yang menarik perhatian dalina.





kepala misteri di belakang.pelik la kau amy lee





so overall, start pukul 8.45 habis dalam pukul 10 gitu.jadi la kan.parking rate life centre ni rm10 per entry after 6 pm. lepas bayar parking ktorang blah g klcc

hoh terasa cam najwa latif la pulak kekeke..baca directories nak cari 7 eleven nak beli air sakit tekak jerit2 lagu evanescence tadi



lihat la KLCC park yang indah ini..walaupun bahang bulan membakar melanin yang tak aktif pada waktu malam, ktorang sabar jugak tak mau celop kaki kat kolam..punye kuat iman ktorang.lepas tu kena halau security haha.aje memang security ni.idok le penah suke kat teman ye.

Tuesday, 21 February 2012

Kening tak simetri


aku ni memang ganas orang nye. patut jadi part timer WWE je, boleh gua hentak tulang belakang undertaker ceh berlagok. padahal undertaker baik buat kerja fardhu kifayah menguruskan jenazah. ktorang tengah study week kan, walaupun 2/3 tidur 1/3 main internet tak ikut sunnah nabi betul..adat nak exam kena bentang toto kat bawah supaya bila tertidur nanti di azab dengan sakit pinggang yang amat.

ni gambar bilik kat bandung le walaupun bilik selalu masuk banjir dengan taik rabbit dan taik chubbs *seekor kucing parsi comel bermuka penyek berharga rm500* terapung-apung, tawakal je la tak kena leptospirosis dengan toxoplasmosis

tapi ni cite kat malaysia, gwa masih praktikkan amalan tidur di lantai. masa sedap2 tidur tu tiba-tiba tersentap. panic anxiety ke ni. pastu gedegang la terhantuk kepala kat kaki katil..syurga di bawah telapak kaki ibu kan tapi benjol di bawah telapak kaki katil dah bukak lampu baru perasaan woh kepala berdarah! abesla nak p konsert amy lee ni acane ni nanti dia tercabar kite lagi emo dari dia terus cancel nak nyanyi tak ke susah.

sekali pandang macam pejuang revolusi syria..eheh

sebelum di lap dengan kain..drama queen betul



Lepas di lap dengan kain. terima kasih coagulation cascade membuatkan saye tak anemia dan hypovolemic shock..taraaa hah kan dah tak simetri kening..kelam kabut cari minyak gamat tonyoh2 kat kening. ini macam minyak gamat dah boleh jadi eyeshadow ni jimat tak payah g watson beli silky girl.


hah ni baru pejuang syria sebenar..extreme ok.ya Allah semoga roh adik ni tenang di syurga.