Tuesday, 5 June 2012

Middle Eastern dinner at Babylon Restaurant Jalan Jati Bukit Bintang

ssalamualaikum ya habibi ya maulana. i am i the midle of my study week, finding an excuse to procrastinate..thats why i am here writing useless things in my blog

Sekarang kite dah leh speaking arab sebab makan nasi arab sampai kembung kat Babylon Restaurant ni.. Ktorang beli kupon kat groupon ni untuk 4 orang, rm 60. Kalau nak datang sini elokle kalau di google dulu map nye sebab tempat ni tersorok sikit tapi serius dong dekat je dengan HUKM.10 minit kalau tak sesat and place disoriented macam aku hehe. Bila sampai kat restoran ni, teringat kat Bandung sebabnya restoran ni sebenarnya banglo yang dijadikan tempat makan. nice and simple la.

Masuk masuk je nampak pak arab berbadan besar tengah hisap sisha ramai ramai muka feeling duduk belakang bas rapid KL sedut asap eksoz. Yang paling lawaknya sebab waiter kat situ x boleh cakap melayu walaupun muka macam amr diab tapi cakap engrisssshh pon macam tersekat urat marih wa tengok. Sampai ktorang yang nak order ni pon terbabit dalam kesekatan urat marih bersama beliau. Thought block ketika mengorder makanan.

Tapi pelik.dalam menu yang kat groupon ni macam mahal gila. Maybe dia tipu harga nak nampak macam restoran 3 bintang kot. Sebenarnya murah je.nasi ayam nasi kambing semua tu around rm12-15 je. Appetizer macam soup and salad ni macam rm5-7. Ok la kan. 

Tapi kalau korang kerja kontrak, bancuh simen ke, pacak tiang ke, elok la datang sini. Kalau kerja opis tu bawak la polisterene nak tapau sebab makanan dia banyak gila dan cepat kenyang sebab semua stok tinggi karbohidrat macam nasi, roti, dan kekacang.

ni harga tipu je







\

Kitorang order lentil soup, RM5. Punya lah teruk engrishh gua sampai i never encountered such word in my life dictionary. Ingatkan lentil sejenis mamalia. Rupanya kacang. Nasi kabsa lamb ni RM15. Coz i am a carnivore so rasa lamb dia sedap dan lembut walaupun bau kambing tak mandi.



Fatoush *tajwid kena betul* ni salad plus keropok. Masam sangat rasa macam tertumpah cuka je tapi keropok tu sedap.





Hummus *bukan humerus na* roti arab cicah kacang with olive oil.

Main course pakai beras basmathi herbaponi tajmahal kot.pergh hafal nama beras. Nasi macam biasa je. Tapi sebab wa bukak puasa hari tu memang rasa boleh tahan la. Ok la kalau nak rasa makanan arab tapi maybe dah tak pergi dah lepas ni haha communication breakdown dengan waiters.

Babylon Restaurant 
Lot 32, Jalan Jati Off Jalan Bukit Bintang
55100
Kuala Lumpur
03-21429720
Open daily from 11.30 am till 1.00 am

Thursday, 24 May 2012

student price for dinner at seoul garden, one utama


assalamualaikum. hari tu ktorang p makan kat seoul garden * muka tak payah happy sangat la kan berangan nak jumpa g dragon kat seoul* balik je rumah mak cakap hahhhh duit tu boleh buat beli ayam untuk makan seminggu. padahal dah upload gambar dekat facebook so kena tulis kat blog baru la feeling ala ala dejavu.

orang lain semua dah beratus kali makan sana kita baru first time nak pergi makan kimchi tak sedap belacan lagi sedap. dah pernah makan kat korean restaurant kat bandung tapi seriously tak boleh telan tapi sebab kan beribu2 rupiah kitorang bayar so telan jugak la.

ktorang pergi masa dinner..student price rm28++ BUT AFTER TAX rm35.adults rm36++.harga lunch tak ingat. tapi lupa bawak student kad ukm! demmit..kawan2 lain semua bawak.pastu sheqa kata keluarkan je student kad UNPAD.asalkan student kad..hamek kau kad aku je yang lain dari lain dengan muka sebesar pinggan nye punnn..tak pasal2 kena menyamar jadi student indo sebab nak diskaun seoul garden-_-''


aiskrim mint..dengan honey dew


ni sedap.rasa susu F&N cap ideal

kekarnivoran terserlah.makan daging sampai 3 rounds..lepas 1 round je hantar signal kat otak suruh besarkan perut pastu sambung rounds kedua.berapa kali ntah topup makanan.tapi si myanmar pekerja seoul garden ni ape ke pemalas nye nak potong daging.memang panjang betul 1 daging tu..20 cm pon ada..terbelit usus woh nak hadam.kot2 melekat kat esophagus tak ke susah



leceh sebab makan kena masak sendiri.lohhh air liur dah boleh kumpul buat wuduk dah makanan tak siap2



pastu jumpa baby arab yang excited tengok ktorang.awww comel sangat dia.

pastu kitorang main sepak-sepak sheqa.motif tak dapat dikenal pasti


HOW TO GET A KOREAN BOYFRIEND


berat nanang nguh nak wat aegyo hari2..kejang dan tegang otot muka dan urat leher nak buat pitching tinggi ok.sorry mak mertua, i tak suka kimchi, i suka tempoyak

Monday, 9 April 2012

Maher Zain, malaysia fan meeting, the mines,


rajin pulak nak tengok nuffnang hari ni kan walaupun tabung baru rm 0.50..pelik gila..hahaha ape la yang diorang pikir sampai taip keywords ni and datang blog ni

najwa latif sembah setan??
chef sherson sosial?
evanescence haram?
nak metal??
perrghhh adekah blog ini blog orang black metal dan sosial..nehi nehi nehi


seperti yang telah digembar gemburkan *bajet nak berkebun ke sampai nak gembur tanah* maher zain kan datang malaysia.i'm not le kipas susah mati dia sebab lirik lagu pon tak ingat.tapi macam best la sebab dia hensem kekekehh..dia de buat fan meeting tadi dekat the mines. semangat kot pergi sebab mines dekat.tapi masalah nye abang bawak kereta. so tinggal kereta kancil yang manual tu je.but i'm impressed with myself sebab drive kereta manual yang tak ada aircond tak ada radio dengan brek tak makan brek puasa dengan cuaca malaysia yang macam gurun sahara ni, sampai jugak dekat mines walaupun muka dah macam pekerja lombong dari bangla.aihh tak sempat tepek bedak.


bawak adik yang lagi la tak kenal siapa maher zain muahaha.mana dan je amik.master in acting retarded or really retarded??


and sebelah stage ni ada wakil speedy yang jual cd maher zain.pelik gila mula2 datang sebab orang cina jual cd nasyid muahaha..tapi nak sign dia ni kena beli cd.adeh dah la tengah budget program so xde duit nak pergi.15 minit dok snap2 gambar dari jauh pastu turun straight to the basement tak pandang kiri kanan walaupun tekak tengah haus dapat coolblog sedap gak ni tahan gak nafsu start enjin terus blah.macam x de motif pulak bila pikir balik bersusah payah lemak terbakar dalam kereta yang panas and then pergi the mines 15 minit jooo.

akak ni nak beno anak dia bergamba dengan MZ padahal pakcik body guard tak bagi.last2 akak ni lontor anak dia kat MZ hah ternganga MZ terus senyum pandang kamera





cute girls spotted! ni pon kena halau ngan body guard huahaa






Sunday, 26 February 2012

evanescence live in kl 2012


assalamualaikum!!!
*suara sengau sebab lubang hidung ada polyps *

oke dah tak mau emo *kerana dituduh membuat maksiat oleh seorang stranger* nak share gambar pergi konsert.Evanescence live in KL 2012 ni buat dekat KL live kat bangunan life centre, jalan sultan ismail.kalau dari sungai wang jalan je ikut jalan sultan ismail tu.betul2 depan wisma kfc.first2, ingatkan dia outdoor, google2 rupanya indoor.macam dewan la lebih kurang.bangunan ni pon x siap dibina sangat.ade pub je.surau pon tak de.kena pergi mall sebelah wisma kfc untuk solat maghrib.door open at 7. but we lined up at 8.15.dah la kena tahan security 2 kali sebab x leh bawak kfc lebih yang ktorang tapau tadi.pastu xleh bawak DSLR T_____________T so x dapat ambik gambar



geng emo yang nak jadi kurus!


yana yang bertubuh comel kena berjengket-jengket sebab tak nampak stage.lesson:- kena pakai wedges bila g konsert.2 jam berdiri dengan kasut tinggi same je sakit cam jengket kan.baik pakai wedges.



puas hati setelah mengepit tangan security sebab x bagi ktorang panjat pagar.tapi perempuan seksi boleh pulak dia tak marah *padahal perempuan tu memang kepala batu bata azam yang menggunung* so ktorang pon berkongsi kegembiraan dengan mamat ni.t-shirt evanescence yang jual kat tepi2 tu mahal so kitorang pon pinjam sat baju abang ni nak bergambo.




bayar tiket rm98 tapi nak seludup duduk kat tempat rm198 kuang2 memang kena tolak ngan security la kan.urghhh garang nauuu..kau tu jadi security dapat tengok konsert free lagi la tak aci betul.so ktorang dapat tengok tiang dengan kepala orang dan ketiak orang je nye punnnn..



selamat la orang yang datang konsert tu upload video kat youtube.boleh le printscreen..yela nak letak gambar konsert tapi semua gambar ktorang pulok kan


si rambut singa beraksi.nak lawan angin dalam skirt marilyn monroe le tu.




amy lee cakap malaysia panas.ikutkan hati nak je dia main piano sambil duduk dalam peti ais.aircond pon dah kena serap dengan ketiak2 yang menghayun2 tangan macam orang parkinson. pastu amy lee senyum! dia happy sebab orang hafal lagu dia



si rambut singa yang menarik perhatian dalina.





kepala misteri di belakang.pelik la kau amy lee





so overall, start pukul 8.45 habis dalam pukul 10 gitu.jadi la kan.parking rate life centre ni rm10 per entry after 6 pm. lepas bayar parking ktorang blah g klcc

hoh terasa cam najwa latif la pulak kekeke..baca directories nak cari 7 eleven nak beli air sakit tekak jerit2 lagu evanescence tadi



lihat la KLCC park yang indah ini..walaupun bahang bulan membakar melanin yang tak aktif pada waktu malam, ktorang sabar jugak tak mau celop kaki kat kolam..punye kuat iman ktorang.lepas tu kena halau security haha.aje memang security ni.idok le penah suke kat teman ye.

Tuesday, 21 February 2012

Kening tak simetri


aku ni memang ganas orang nye. patut jadi part timer WWE je, boleh gua hentak tulang belakang undertaker ceh berlagok. padahal undertaker baik buat kerja fardhu kifayah menguruskan jenazah. ktorang tengah study week kan, walaupun 2/3 tidur 1/3 main internet tak ikut sunnah nabi betul..adat nak exam kena bentang toto kat bawah supaya bila tertidur nanti di azab dengan sakit pinggang yang amat.

ni gambar bilik kat bandung le walaupun bilik selalu masuk banjir dengan taik rabbit dan taik chubbs *seekor kucing parsi comel bermuka penyek berharga rm500* terapung-apung, tawakal je la tak kena leptospirosis dengan toxoplasmosis

tapi ni cite kat malaysia, gwa masih praktikkan amalan tidur di lantai. masa sedap2 tidur tu tiba-tiba tersentap. panic anxiety ke ni. pastu gedegang la terhantuk kepala kat kaki katil..syurga di bawah telapak kaki ibu kan tapi benjol di bawah telapak kaki katil dah bukak lampu baru perasaan woh kepala berdarah! abesla nak p konsert amy lee ni acane ni nanti dia tercabar kite lagi emo dari dia terus cancel nak nyanyi tak ke susah.

sekali pandang macam pejuang revolusi syria..eheh

sebelum di lap dengan kain..drama queen betul



Lepas di lap dengan kain. terima kasih coagulation cascade membuatkan saye tak anemia dan hypovolemic shock..taraaa hah kan dah tak simetri kening..kelam kabut cari minyak gamat tonyoh2 kat kening. ini macam minyak gamat dah boleh jadi eyeshadow ni jimat tak payah g watson beli silky girl.


hah ni baru pejuang syria sebenar..extreme ok.ya Allah semoga roh adik ni tenang di syurga.

Thursday, 8 December 2011

2 things indonesian(in indonesia) like about malaysia


3 tahun kat bandung, jumpa macam macam orang, ada yang layan ktorang baik gileeeeee, ada yang panggil ktorang manohara la malingsia la..ape la..tapi buang yang keruh amik yang jernih. suka hati buang merata, lain kali recycle.
tapi comel tau. sesetengah yang tak suka malaysia panggil ktorang malingsia pon bagi anak-anak diorang tengok upin ipin. glamer betul.kalau kat pasar pagi tu banyak betul printed t-shirt dengan anak patung upin ipin


upin ipin and



siti nurhaliza

pelik kan.doktor najwa pernah cakap orang kat sana suka cakap "ganyang malaysia, selamat kan siti nurhaliza" kekeke macam annoying tp part siti tu comel

Sunday, 6 November 2011

Rant on american series!





Gossip girl cerita ni pasal anak orang2 kaya yang sekolah kat elite high school la. Setiap episode tak de pon scene dorang dalam kelas. Yang ada cuma scene dekat kantin tengah makan, dekat tangga sekolah tengah bergosip sambil makan yogurt atau lepak dekat tangga yang berlumut2 tu, mandi curi-curi dalam swimming pool sekolah pastu terhantuk tiang bagai, then berebut laki. Setiap episode mesti ade event yang grand. Nama je budak high school, tapi balik sekolah tak wat homework dah la tak de ujian bulanan, pergi sekolah naik limo, asyik p shopping beli dress je. Breakfast kat tempat grand pulak tu padahal orang pagi2 dengan monday bluess dengan taik mata bertepek lagi on the way nak pergi kelas dok cursing "aku rasa nak bakar sekolah hari ni"


Glee pon sama. Asyik nyanyi and masuk pertandingan. So tak de kerja sekolah. Best la tak de homework. Diana agron cantik gila kauuuu


oi damon, awat tangan hang ada fistula? hang ni ada end stage renal failure ka?

Vampire diaries pasal budak high school jugak yang bercinta dengan vampire pastu best friend dia witch and wolf. High school pon asyik ade party je. Time party mesti ade watak jahat yang baru untuk datang hisap darah orang. Dah kena hisap darah,kalau orang tu terselamat so dia bertukar jadi vampire dan membuat onar di muka bumi. Bertambah lah populasi vampire kat bumi ni. Dorang ni pon tak de homework, sebabnya misi nak menyelesaikan misteri dan protect orang yang nak bunuh heroin adalah lebih penting daripada pergi ke sekolah tiap2 hari. Menyampah aih elena dua-dua mamat hensem suka hang


House MD.lol..House ni tiap2 episode, 40 minit pertama mesti akan bagi treatment yang salah dekat patient yang meng exacerbate kan condition mereka. Bila patient dah nak mati, shock hypovolemic blabla barulah ilham turun dari langit dan dia pon dapat le diagnose patient tu correctly. House la hero nye. Manusia paling genius dalam hospital tu padahal kau menerukkan sakit patient tu.

tapi follow je sampai tak tidur malam dan tak siap homework -______________-