Tuesday, 22 April 2014

happy 1st birthday to you braces. BRACES STORY updated

4 bulan tak update blog. Dah macam zombie mengadap buku dan internet. whiteheads blackheads visible without magnifiying glass. Dark circle dah macam bontot kuali. Kadang-kadang jenguk jugak trafik blog ni. Mostly orang dok search pasal braces dengan pulau perhentian. rasa terharu google ni masukkan blog ni dalam search result dia. sobs kesat hidung kat lengan baju. tapi yang pasaipa hangpa dok tanya pasal prosedur, harga gigi palsu kat ceq. me not a dentist, me dont know. sorry. kebetulan mak buat gigi palsu kat klinik gigi aina tu je yang boleh share.

pasal braces pulak. ada yang tanya boleh tak pasang untuk gigi bawah je, atau gigi atas je. Ada yang kata dr aina cas rm1900 untuk braces atas/ bawah. iols ada gak kawan yang pakai bawah je dulu due to financial constraint. nanti dah keje dia pasang atas. tapi kalau pasang atas bawah lagi senang untuk follow progression gigi and jaw movement tu. kalau gerakkan satu bahagian je takut nanti ada under bite or prognathism, gigi berlaga.

back to the topic, braces. April ni dah setahun rupanya pakai braces.


alhamdulillah rasa bersyukur sebab pakai braces hahahak kalau tak terpercik air liur kat kawan masa buat presentation.


Jadi 6 bulan lepas dentist cabut 4 biji geraham, meninggalkan rompongan diantara gigi sebanyak lebih kurang 6 mm Lepas tu kan dia bagi elastic rubber nak rapatkan gap antara gigi tu yang wajib dipakai 24 jam sehari dan ditukar 3 kali sehari.  ini pengakuan jujur.. memang tak compliance beb. this might sound gross tapi kadang-kadang lupa nak tukar sampai 2-3 hari. so 2- 3 hari la rubber tu bertukar kaler. kalau makan tempoyak jadi kuning, kalau makan red velvet, jadi merah. kalau telan clorox?? teehee


kadang-kadang dah cabut masa mandi, pastu lupa nak pakai balik sebelum pergi kelas, 2-3 hari jugak la gigi ni tak ditarik. bila tak compliance gap gigi tu lambat tertutup, lepas tu kalau makan ganas sikit lagi-lagi kalau makan daging not fully cooked kat seoul garden kan sebab kebulur sangat, boleh terasa kot gigi tu bergerak ke depan balik.

makin nak exam makin banyak la minum kopi, kalau tak 2 cawan sehari tak sah. gigi makin kuning, makin malas nak gosok gigi sebelum tidur. Sebabnya i dont have fix time of my last meal. payah ni kalau nak buat emergency surgery sebab tak tahu when is the last meal. nanti kena buat sellick maneuver terkebelakang cricoid cartilage kena tekan dengan anaesth. pastu time tidur pon tak fix. nanti dah gosok gigi pi bukak peti ais mengunyap kudap2 lagi pukul 2-3 pagi. so malas nak gosok gigi.

natijahnya, gigi telah berlubang hasil aktivitas persatuan bakteria durjana. lagipun lepas dia tarik, at certain point, gigi akan berlaga sebab anatomy jaw telah berubah dek besi braces tu. dagu menjadi taguk kalau sangkut kat bahu orang boleh digunakan untuk mengurut. bila gigit kuat sikit, gigi boleh retak sampai ter-exposed ke urat saraf.

2 minggu jugak la duk tahan sakit masa makan. kalau makanan tu masuk je kat gigi yang berlubang tu, masyaallah rase menyengat tuhan je tau. dah 2 minggu baru  jumpa dr tampal. dentist korek2 gigi 2 batang tu dah rm60 sebatang, pastu tampal rm10. so dalam rm 140 jugak burn hoish kaya jadi dentist ni. Complicated rupanya penjagaan braces ni. tapi gwa ni jenis yang selamba dek je. tak pakai pun interdental brush. berus pakai berus baju je senang. terpelanting semua bakteria.



kenapa begitu hardcore mempamerkan kekuningan gigi sendiri dari bulan pertama hingga sekarang. bukan narcist tau. nampak tak gap gigi tu dah kecik. hehe. ingatkan nak bukak before convo tahun ni. tapi dr aina nasihat minimum kena pakai 1 tahun 6 bulan sebab takut gigi tu boleh gerak-gerak lagi nanti jadi jongang balik.


Ada sesetengah orang kan, dia pakai braces sebab nak kurus macam Girl's Generation. bahaha

itu semua dusta. that myth seriously dont work for me. lepas 1 bulan sakit tu kau akan bedal je semua makanan kat dapur tu. terkurus sebab asyik pergi kelas lambat je lepas tu berlari2 takut kena marah dengan specialist, rupanya dah mencapai target heart rate tanpa disedari.

oh ni copy dr dr ben. Tip: if you want to lose fat. Do low to moderate exercise & aim your heart rate 50-60% of your 'Target Heart Rate (THR)'. (THR is 220 - age)

kalau lepas jogging kat tasik permaisuri setakat 15 minit tak sampai target heart rate pon pastu pergi bedal ayam penyet kat wong solo, laghoo je semua tu.

ok bye. i don't think i can provide any more information regarding braces. rasa nya dah all out ni.. daaaaa~ thanks for reading. :)

Tuesday, 31 December 2013

Tuesday, 5 November 2013

Wondermama at Bangsar Village

Sebenarnya hari tu tengok si Steve Reed ni masak Nachos kat youtube. Chef paling sedih di alam semesta. Cuba tengok video ni memang sedih gile. Kesian sangat macam nak tak nak je masak, lepas tu macam ada shortness of breath and waist circumference yang tak disyorkan oleh FDA. blerghh FDA tu ape pon aku tak tau. Tapi semua masakan dia jenis yang instant and cost you a dollar or to dollar per person. Kesian la dia ni pun JPA tak masukkan elaun jugak ke gegege..


Dah lama dah memang teringin nak makan nachos macam cerita mexico tu kan. Me Gusta ! walaupun sebenarnya beli keropok Jack n Jills kat kedai pon kedekut, tapi gwa nak gak pi Wondermama kat Bangsar Village sebab nak rasa dip sauce dia ni. 

Makanan kat sini boleh tahan sedap, harga pon standard macam Secret Recipe je. Portion sangat besar memadai untuk menaikkan berat badan sebanyak 1 kg hehe. Beverage ranging from RM4-9++
Main course yang kitorang order ni, Nyonya laksa dan Nyonya Mee Siam, masing-masing RM13.90. Kite suka mee siam dia tapi masam sikit sebab tertuang semua kuah sekali. Siap nak mintak kuah extra lagi sebab mula-mula ingat tak cukup. Rupanya dia memang serve dalam cawan kecik. Beef Nachos ni harga RM15.90



Nyonya Mee Siam, RM 13.90.  Tolong la gwa bukan kambing. timun tu one quarter daripada mangkuk ape ke he.


Beef Nachos, RM 15.90

Yang tak berapa nak berkenan pasal kedai ni la kan, banyak meja dia yang panjang. Tak privacy sangat. Haritu kena duduk sebelah strangers, so kena la behave sikit dan tak boleh bergosip pasal prof kuat kuat kan. padahal ikutkan hati nak camwhore beriya-iya kan sebab jarang makan sini. Semua orang kat Bangsar ni memang cantik, dan kaye ke?? sebab ktorang rasa macam sakai je datang sini.


Tengok mangkuk. Sia-sia belajar dinamika kemahiran kat matrik dulu

Tuesday, 1 October 2013

6th appointment- braces story


Entry ini special untuk Nad dan Farah Hani. Yosh cepat pakai braces sebelum kahwin. Agagaga ngak nyambung. Lagi cepat lagi bagus.

6th appointment! Dah pasang rubber band untuk tarikkan gap antara gigi tu. Sakit bak ang!! Kalau pakai konsisten 24 jam sehari, gap tu boleh gerak dalam 1 mm sebulan. My teeth gap ni dalam 6 mm dentist kata, kiranya dalam 6 bulan baru boleh rapat sepenuhnya *kalau compliant haha*  the pain is throbbing in nature. berdenyut denyut to the extend that i want to smash my teeth to the wall. ok hiperbola


Dah macam buat developmental assesment untuk baby dah teehee.

Sunday, 28 July 2013

sahur depan mayat. *ini bukan entry seram.seciput pon tidak*

Dear future me, one day you are going to read this post and realize how much time you have wasted in your life teehee


Salah satu benda yang gwa menyesal tak buat masa kat unpad dulu adalah belajar anatomy betul2. Selama kat pre clinical years, pernah sekali je tengok cadaver depan mata. So camne ktorg belajar anatomy? Pakai buku je, dan mannequin rangka manusia bernama Suparjo *saje je kasi nickname hihi* yang menjadi rebutan 49 orang di dalam kelas. Tapi sebab gwa malas nak layan berebut rebut dengan group tutorial lain dalam keadaan lab yang haru biru dan panas bak hang tu, i decided to sleep. Bukan sekali, tapi beribu ribu lemon kali.


Natijahnya, sekarang ni aku sangat bengap bab anatomy sampai tahap kena bersahur depan mayat..dalam youtube.hehe.sebabnya neuron tak bersambung kalau baca buku sendiri, so kena tengok video. tapi semangat tu sementara je time posting kat hukm sebab adrenaline rush nak jumpa supervisor



caffeine intoxication dan menjadi hyper


Next rotation dekat hospital teluk intan, bermaharajalela setan malas dalam kepala otak. Daripada baca buku anatomy, baik habiskan masa duduk tepi tingkap tengok kelapa sawit atau selotep charlie charlie peliharaan yang sesat dalam bilik supaya tak berbirat muka disengat mereka.


moral of the story:- belajar lah untuk manfaat seumur hidup, bukanlah untuk jawab exam je,

Try hanbok di Korea Plaza, Menara Hap Seng, KL

Entry ini tertulis dengan malasnya

Hap Seng bukan sebarang hap seng, bukan jenama biskut ping pong cicah coffee mix di petang hari, tetapi hap seng ni sangat hebat sebab ada korea plaza. Menara Hap Seng ni terletak di Jalan P.Ramlee. betul betul bersebelahan dengan Wisma KFC. * do i sound like Qi Razali from Jalan jalan cari makan?*
Yang bestnya sebab boleh try hanbok percuma dekat Korea Plaza, dekat ground floor bangunan ni. Tak payah gi korea kak enon simpan buat pi haji je.

Aktiviti:- kelas masakan, kelas tarian kpop, try hanbok
Waktu beroperasi Isnin sampai Jumaat, 9 pagi-5 petang
Parking tak silap RM3 sejam.
Kecik je sebenarnya tempat ni. Receptionist pon tak de hal nye nak layan kau menerai hanbok ni. buat je muka tak malu tak de sape kisah nak selca tanpa henti




Ajuhmas sakit pinggang setelah penat mendemonstrasi cara memasak sundubu jige, tu yang depa duduk kat kerusi lama sangat tu sampai ktorang tak boleh nak try baju 


Sikit je hanbok dia. Jangan fanatik sangat sampai bergusti dengan kawan.







Makasih kepada housemate sebab temanin guwe



Jumpa sapa ntah ni kat tepi jalan. Kaut sekali masuk dalam gambar. Kpop menyatukan kita semua??? padahal berebut pakai hanbok dengan depa ni

Wednesday, 10 July 2013

BRACES PART 3

Fuhhh haven't updated this crappy blog for quite some time. super duper busy. most of the time were spent sleeping or crying *dah kenapa* haha.

The third month of braces. Oh pardon my ugly face and my yellow teeth. permanent staining due to chronic coffee intake..huhu



Terkedalam tak gigi cek hehe. tu dah cabut gigi geraham bila ketawa dah la tak cover. patut la kawan2 suke pandang pelik -__-''

bulan ketiga doktor dah tukar dawai keras untuk shape kan jaw. sakit nak makang!! bulan pertama dan kedua pakai dawai lembut *padahal guling2 atas katil tahan sakit jugak* untuk allign kan gigi yang berterabur. doktor kata 2-3 bulan lagi nak tukar power chain. lagi la sakit kena makan analgesic before the procedure. bye~ salam

Monday, 20 May 2013

Pre wedding photoshoot

Fadzreen! tengok kat sini..teaser konong!

Assalamualaikum

My friend is getting married!! Hopefully things run smoothly for you guys. May Allah ease everything Insya-Allah. Ktorang pun buat la pre-wed photoshoot dengan kawan kawan perempuan. Mat saleh buat bacholerrete party. Kite student je, buat la kenduri makan cupcakes dengan air kotak teh bunga kekwa je hihi sambil baring baring atas rumput tahan menggelupur digigit semut api. 

Susah jugak buat group photoshoot ni rupanya sebab kadang-kadang dah cantik dah gambar tu tapi ada sorang dua muke tak ready la herot berot la hehe kesian la kalau nak upload. 




































canon 50mm f 1.8..i'm in love with you xoxo

Braces part 2:- Sakit tak?

Assalamualaikum

Ibu-ibu adalah wanita yang paling kuat di dunia ini sebab telah mengandung 9 bulan dan memberanakkan banyak anak-anak. Kedua yang terkuat adalah aku, kerana boleh memikul beras 10kg dgn barang-barang dapur penuh satu bonet kereta sekali harung daripada depan rumah ke dapur tanpa berhenti mengurut bahu sendiri di pertengahan jalan. Yosh riak

Apa kena mengena kuat dengan sakit pakai braces? Tak la. kita sebenarnya ingat kita ni kuat la sangat, gerenti boleh tahan sakit pakai braces ni.tettt salah. Tapi alhamdullillah, masa bulan pertama pakai braces tak sakit sangat, tak tercucuk-cucuk pulak dawai-dawai braces kat pipi. Semua makanan boleh lagi dibedal. Kiranya sakit tu bearable la nak cantik punya pasal. Beauty is pain beb!



cece ini baru permulaan...
selepas tu tak boleh makan jambu batu dan berkaraoke sebab bila nyanyi lirik yang ade huruf "F" dan "S" nanti keluar angin di celah-celah gigi.



                            

Sila abaikan jerawat, whitehead dan misai. Gigi dah 3% kurang mancung daripada yang biasa.

Untuk bulan kedua, doktor nak cabut 4 batang gigi geraham pulak. Macam biasa kena makan painkiller atau suntik bius sebelum surgery atau prosedur untuk prevent inflammatory mediator ni daripada diaktifkan dengan banyaknya. meaning, less pain.

So i took 2 mefenemic acid tablets sebelum pergi jumpa dentist. Sampai-sampai sana rupanya doktor tu yang prescribe painkiller, dia suruh makan lagi sebijik. Sebab malu nak cakap yang self prescribed ubat suka hati je, so telan je la. Kesian buah pinggang terkejut. 

Dentist pun start pasangkan seperator dekat celah gigi geraham belakang untuk seminggu (ni nak jarakkan gigi geraham untuk masukkan metal band minggu depannya)

(Ya hampun! lepas tu pi la kedai tepi jalan beli jambu batu tabur asam. fuhh terliur! Gigit seketul je terus menangkap facial trigeminal nerve semua gempa bumi dalam mulut gwa..bagus la, jambu kat econsave pon dah naik harga sekilo 4 hinggit. 2 tahun ni tak dapat la makan jambu batu jimat duit boleh masuk ASB)

seperator
-kredit to google-

Lepas tu, dia sapu local anaesthetic sebelum inject kat 4 tempat. Terasa sikit je masa jarum tu dicucuk. 
Memang kebas habis la separuh muka, bibir rasa tebal je macam angelina jolie gitu. Sepatutnya kesempatan ni diambil untuk pergi facial buang whitehead kat hidung, gerenti tak sakit. Cabut sebatang gigi tak sampai 30 saat. Tak sakit pon cuma rasa la dia putaq putaq gigi tu.  

The numbness lasted for more than 5 hours memang susah nak senyum. Peringatan, jangan tertelan ubat bius ye pahit gile nanti sakit tekak tak hilang-hilang. Tunggu je assistant dentist tu suction ubat bius yang bertakung kat mulut tu hah.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lepas dentist pasang seperator seminggu, dia akan bukak getah seperator tu untuk digantikan dengan metal band dekat 4 batang gigi geraham besar, 2 atas, 2 bawah. Metal band ni macam ending kepada bracket tu la, menarik semua gigi untuk rapat ke dalam. Pasang ni paling sakit! serious!!


kredit to google.

Metal band ni ada saiz. Dia benamkan besi tu dekat gigi geraham kita, kalau longgar, dentist akan letak simen kat area gigi supaya fix. Bukan saja bahagian luar gigi bersebelahan pipi akan di kelilingi besi, bahagian dalam gigi yang bersebelahan dengan lidah pon akan turut terbabit. Jadi apabila bercakap atau makan atau pon duduk rileks2 je pon, lidah akan bersagat dengan besi ni menyebabkan luka dan berdarah

Hah pernahkan makan nenas banyak banyak lepas tu sakit lidah, tu boleh elok balik. Yang tongue sore ni dah masuk hari ke 5 tak elok-elok lagi. Sebab tongue constantly rubbing with the surface of the metal bila masa pulak nak heal kan. Tengok wayang pon kena bawak painkiller tapi painkiller tak berkesan. 

So, sepanjang 5 hari ni kena bercakap sambil clench teeth sebab nak kurangkan pergerakan mulut. Makan pun bubur je sekali sehari. Yang lain minum air je. 


Ni pon bersagat dengan gusi

But the point here is, dont leave the pain unattended..rupanya pi farmasi beli ubat sapu semua ok. time kebas tu la cepat cepat makan nasi hehe. tapi seriously, minyak gamat sangat berkesan! hi five sama orang kampung! sapu kat lidah bila terluka nanti cepat baik. Pakai braces wax kalau ada poking wire tapi jangan tertelan time makan macam aku ni hah


minyak gamat
bonjela 
oral aid lotion
mefenemic acid
braces wax

Alhamdulillah, the pain subsided with time. you'll get used to it. your tongue and lips will get tougher beb!! teruskan niat anda nak pakai braces!

Friday, 17 May 2013

Supplication for the parents




Rabbana ighfirli waliwaalidayya walil mu`mineena yawma yaqoomul hisaab

----------------------------------------------------------------


There is one thing i told myself every night.

i'm not going to cry tonight

And each time, i failed.

So, this is how it feel to lose people that you love unexpectedly without being given a chance to say goodbye. Yes medical school is scary but it has never been this traumatic to me before.

I feel like lying on the bed all day, hoping that time will move faster, waiting for for my turn to return to my creator so that one day i can meet you and ask for your forgiveness, and hoping that god will permit me to see you when that happens.


If growing up means that we will come to the phase of life where we have to be emotionally prepared of losing people that we love, i don't want to grow up.

Oo Allah, ease this burden inside this heart. Ini baru ujian kecil di dunia. Sabar lah.



Allah SWT said: “I have no reward other than Paradise for my believing servant who is patient when I take away one of his beloved from among his companions of the world.” [Bukhari]

155. "And We will surely test you (all) with something of fear and hunger and loss of property, lives and fruits; but give glad tidings to the (steadfast) patient."
156. "Who, when a calamity befalls them, (by showing perseverance), say: 'Verily we belong to Allah, and certainly unto Him shall we return'."
157. "Those are they on whom are blessings and Mercy from their Lord, and they are the ones that are guided (aright)." Baqarah

‘Did you think that you would enter Paradise without Allah testing those of you who fought hard in His cause and (also) test those who are As-Sabirin (the patient ones).’ [3:142]

Wassalam. Sorry this might be too personal, i just need a place to let this things out. Maybe some of you are also having a hard time just like me