Monday, 22 April 2013

2ne1 and backstreet boys twin tower alive 2013

Assalamualaikum..entry kali ni nak guna kite lah walaupun den ni singular bukan plural.

Salah satu tabiat kite yang tak baik adalah pantang dengar ada konsert free, mencapang terus telinga nak pergi. Tapi satu masalah, there is always contradictions between what i like to do and what i shouldn't do. Sebab pergi konsert tu macam bersuka berlebihan, akan rasa bersalah kerana menzalimi diri sendiri dengan hal keduniaan yang berlebihan.

Padahal dok dalam bilik, sembahyang laju laju pastu terkam internet pon menzalimi diri sendiri jugak. Makanya, tiap kali pergi konsert, esoknya kite akan pergi ceramah agama *bajet boleh cover kesosialan*

Kebetulan, hari sabtu ada twin tower alive, hari jumaat ada program kat UIA Gombak. Kite pon pergi la dengar ceramah Mufti Ismail Menk pasal control la diri bila pakai internet. Selepas lega menghadiri ceramah agama, balik tu boleh la pikir nak pi konsert pakai baju ape, berapa inci kah wedges yang harus dipakai supaya nampak bulu hidung si artis, time bila nak singgah mydin untuk membeli poncho in case hujan dan berpikir cara cara untuk merempuh barisan pertahanan yang datang konsert awal padahal mustahil mohon jumpa saya di ICU dengan buah tangan ferrero rocher selepas ini..

Hari tu pergi dengan adik+housemate lama, blogger cute fatin liyana shii~ tambah shii kerana muke cam awek korea. ngak ada fotonya sama fatin sebabnya shawl dah terkebelakang sampai terkeluar jambul lantaran daripada kesibukan menjengket-jengket kat tepi pagar. Sebab malas nak rempuh manusia manusia, so kitorang duduk agak jauh sebenarnya.


Sampai sana pukul 8.40 gitu tak start pon lagi. Perasaan konsert yang real diserikan lagi dengan efek sampingan bau ketiak bangla. Bangla zaman sekarang telah dihanyutkan dek arus globalisasi dan modenisasi, semua lepak KLCC je hafal lagu BSB. Lepas one nation mc dengan mizz nina performance barulah turn 2NE1.


here are some snapshots


gambar dicuri dari youtube. credit to the uploader. 


Hari tu birthday bommie unnie, my bias. walaupun muka tegang sampai buccinator muscle tersepit, kalau suruh tiup saxofon tak keluar bunyi gamaknya, tapi suara sedap ala ala RnB. Umur 30 tapi garis garis halus tidak kelihatan akibat terlebih makan kimchi dan octopus hidup yang menyedut nyedut sekaligus memberi rawatan refleksologi kepada pipi. Malaysian blackjack nyanyikan Bom lagu birthday. Aku ni haaa terbabit menyanyi dengan semangat mesti suara terrecord dalam kamera minah sebelah. (padahal  minah sebelah kiri adalah atin dan minah sebelah kanan adalah adik)


Pipi yang extra tegang menyukarkan proses meniup lilin atas kek 


Tapi dalam banyak2 member, Dara la paling natural beauty, humble and appreciate fans. Asal datang phillipines je nak makan sinigang tu la yang jadi humble tu. Yang lain macam ala ala Diva sikit.



Backstreet boys performed untuk penutup. Puas hati dah la free lama lak tu dorang nyanyi. Mana mana konsert pon, malaysian crowd ni suka menyanyi, so nampak happening je, tapi kadang-kadang annoying gak rasa nak siku orang sebelah. Pastu orang Malaysia ni suka buang sampah merata-rata.

lap peluh

 



balik je rumah terus bukak twitter nak tengok dak group ni ada tak update pape..see, dara ni comel sangat....






BSB pon siap selca kat klcc, padahal kau artis weh. Comel je berperangai jakun begini tengok klcc.













Wednesday, 17 April 2013

Gadjet haul- canon lens, printer, battery and lens filter from lowyat

Assalamualaikum

Daripada kecil, duit yang ada semua dihabiskan beli benda yang perempuan tak beli. Contohnya CD game. Sehari belanja RM 3 sebab kelas sampai pukul 4 petang. Selang 3 hari muka tercongok depan tauke cyber cafe cari game apa yang baru release ye obses sampai mata jadi rabun main komputer game sekarang power spek dah -675. Patutlah duit dalam BSN dah 10 tahun pon tak pernah buat deposit.  

But the obsession stopped once i entered matriculation. Sekarang obses dengan benda lain iaitu DSLR, ni semua pasal terpengaruh dengan TUMBLR dan weheartit.com sebab banyak post gambar cantik. Walaupun nampak macam kaya dan kerek je sebab gantung DSLR kat leher tapi poket kosong sebenarnya hp pon pakai SAMSUNG GT 1080 je jangan kata bluetooth, infrared pon tak de


gambar takde motif

I went to lowyatt the other day. Basically, i'm just trying to share these informations to those yang nak survey best price

1. Canon inkjet printer PIXMA MP287 (RM 185) + modified CISS ink (RM 45)
This is the cheapest i could find. CISS punya ink lagi murah, sebotol RM10. Catridge ink mahal sangat untuk maintenance 

2. Canon lens EF 50mm f 1.8
Hohoho i'm a happy kid after succesfully burnt RM280 on this tiny tool.





3. Lens Filter- UV filter and Circular Polarized Lens (CPL):- package sebab beli lens sekali RM 65 sebab termakan umpan si promoter lowyatt yang hensem! 
adeh, kurang ajar menggunakan kehenseman sebagai taktik perniagaan. CPL tu yang mahal, UV tu RM15 je. Function dia untuk tak nak kasi glare*lens kamera pon ade cataract ke* masa shooting.. tapi sebenarnya lebih kepada nak prevent lens daripada bercalar. 



4. Battery Pack for Canon 550D, RM 80 (NOT ORI)
Original battery, RM 300 +__+




Test power. This lens is superb for bokeh and videography





bye2

Thursday, 4 April 2013

Braces part 1- survey dan appointment

Assalamualaikum

Gigi cek ni tak dak la berterabur macam homeless hippie kan, cuma yang gigi atas ni mancung sikit. Hidung kepek, tapi gigi pulak mancung. Jadi la. Sebenarnya dia tak kacau sangat daily function, tak de la tersembur air liur kat muka kawan kawan bila buat presentation kat depan kelas. Cumanya bila pergi trip ke hospital tanjung rambutan dan tidur di khalayak ramai dalam bas dengan kedudukan kepala senget 45 darjah, mulalah air liur meleleh leleh bangun je habis bertompok weh tudung ni haa.

malu le tu nak tunjuk gigi

Lama gak kumpul duit nak  pasang braces, tapi tak cukup2..ada je benda yang rosak kena beli baru. Akhirnya setelah mensurvey klinik braces murah kat area cheras dengan kajang ni, jumpa pon.

meh buat comparison..

1. Klinik kat Bandar Tun Hussien Onn, braces RM5000, belum masuk cabut gigi, xray, and scaling.

2. Klinik Suria Kajang. Dulu memang murah arround RM3500, 2013 ni dah naik pulak RM 4000, xray tak silap RM130, cabut gigi sebiji RM50, scaling harga lain.

3. Klinik Zarin Ampang. Yang ni cek maleh nak call. Tapi orang kata harga dia around RM3500-5000 dan deposit dia murah sikit daripada klinik lain RM 700 dah dapat kot. Cuma disadvantage dia bulatan depan tesco cheras tu suka jem teruk. For sure I will spend most of the time in the car cursing other drivers. Buat tambah dosa je buat ape kan..Sakit dado den daaaa..

4. Klinik Pergigian Aina, Prima Saujana. harga braces RM3800, cabut gigi sebatang RM30.

Last2, buat appointment dengan klinik pergigian aina untuk consultation.

Dr kata kena cabut gigi geraham 4 biji. Tapi bulan kedua baru cabut.

Dr tak buat XRAY pon hari tu, so tak tahu harga dia berapa. Tak expect pulak dr nak pasang haritu, sebab ada satu patient ni cancel appointment.

Buat acuan gigi time tu jugak. Lepas tu polish gigi. Acuan dengan polish TAK KENA BAYAR tau. baik kan. Pasang braces dalam 30 minit je. Lepas siap pakai tu assistant dr suruh tengok cermin, bapak ah burukk! kenapa kawan-kawan pakai nampak sweet je.

Deposit around RM1200-1500.

The power of MONEY. kalau ada duit bila bila pon boleh buat.  Masa pergi consultation kat klinik kerajaan, dr tu siap pujuk tak payah la buat braces, gigi awak takde la rabbit sangat pon *padahal dia malas nak layan*

Kiranya harga braces RM 3800 nett + cabut gigi 4 batang RM 120
Sebab gwa dah bayar deposit RM 1500, hutang tinggal 2300 yang perlu dibayar ansuran tiap-tiap bulan. Dalam RM 100 sebulan. ikut korang la kalau gaji banyak bayar la lebih.



mancung tak mancung hang habaq mai kat cek..

hipotesis baru:- jika kulit tak flawless, maka mohon jangan ambil gambar pakai dslr. T__________T

Senang la deal dengan dr ni, sekali datang je dah siap semua prosedur. Balik tu bila berhenti kat traffic light, ada la dalam 10 kali duk belek braces ni kat cermin pandang belakang. Time kunyah makanan baru la terasa penangannye. Menangkap urat saraf hingga ke cerebrum dan cerebelum, rasa macam ada orang ketuk gigi ni dengan hammer. Maybe seminggu ni je sakitnye kot..bye2

ini nombor untuk dihubungi:-
KLINIK PERGIGIAN AINA 03-8737536

Saturday, 16 February 2013

Jangan study last minute dan meroyan tak bertempat

Assalamualaikum. Next week exam. Marilah saya bawa awak tour aktiviti sepanjang study week saya. Seperti biasa buku yang bertompok dengan kopi akibat tumpah dilibas tangan sepantas lipas kudung ini mesti tak berjaya nak dikhatamkan. Maka, bila menjawab soalan periksa kelak wajiblah guna firasat dan jawapan mana yang mempunyai kepanjangan yang relevant dan ayat yang sedap disusun untuk dihitamkan di kertas jawapan. 

Kerana belajar dan stalk orang memerlukan energy yang sangat banyak, dan kami serumah skip lunch selama tiga hari kerana kedai tutup gong xi fa cai, makanya semua telah delirium dan decreased level of conciousness, kami telah bertekad mengqada kan lunch lunch untuk seminggu ini dengan makan di seoul garden


 Muka overdose ayam. Kerana ayam membanyakkan dopamine dan norepinephrine dalam otak yang membuatkan anda jadi calm, dan happy.  Jika anda malas untuk memerap ayam seperti saya, datang je la sini, tapi jangan selalu.






Seperti biasa, meneraburkan semua buku di lantai dapat mempercepatkan proses mencari jawapan soalan past year. Dan kajian membuktikan bahawa membentang toto di bawah dapat memberikan azab sakit pinggang yang dasyat jika student tertidur selama12 jam


Bagi mengelakkan depression yang melampau, bekalan makanan,  kopi dan daging burger yang mencukupi adalah penting


Orang kata, even staring at the wall become interesting when studying..i doubt this. I prefer stalking PONDAN on instagram because it give me pleasure.mehekmehek.adekah disorder ni termasuk dalam DSM IV
Lemme introduce you to the top pondan on the list!


Nong Poy pondan paling cantik kat thailand sebab muka iras iras kim tae hee gitu..Ayu melampau i cannot brain this.



Madame Mod ni pulak pondan tak jadi sebab maybe buat plastic surgery kat belakang kilang sofa kot. dan busy mencabut bulu ayam untuk dijadikan bulu mata.



Beromantika d' amor bersama pokok pisang belakang rumah kerana tiada duit untuk bergambar di Eiffel Tower. tipu je. dia ni kaya dan glamer sebenarnya..

wuargh stress x study awal awal..semoga Allah permudahkan urusan semua orang. bye!

Thursday, 24 January 2013

GDA PART 2

Sambung jangan tak sambung. Sebagai golongan minoriti, gwa dengan dell selalunya underground je kalau buat aktiviti aktiviti laghoo ni tapi selalu nya mesti ada halangan bila nak buat benda kurang sihat gini.

Kelas ktorang habis lambat time tu. Hari first GDA, kelas habis pukul 3.30 petang, hari second habis pukul 5 petang padahal selama ni pukul 1 aku dah balik bilik tidur, boleh pulak dua dua ada exam time tu, terkubur la harapan nak menyambut bias bias di airport.. Masa pergi Shout Award hari tu pon sama. Lecture forensic habis kol 6.30 wei sampai berlari lari nak sembahyang asar kat surau fakulti.

Hari kedua GDA macam best sikit. Sebab ktorang dapat tengok dekat sikit and cari port yang tak dihalang oleh pakcik kamera lagipun tengoklah kawan ktorang ni comel sangat bawa bangku bilik air yang digunakan untuk membasuh kasut sekolah ke konsert. Jangan biarkan ketinggian menghalang anda daripada melihat oppa oppa sekalian.


Bangku basuh kasut sekolah yang epik


kali ni kena tepek gamba sendiri pulak. sorry ye readers jangan gag reflex


Posture badan yang bongkok dan eyebag yang sampai ke dagu membuatkan muka gwa nampak macam orang chronically ill without oxygen mask





Sepang F1 Circuit ni tak pernah termasuk dalam aku punya list tempat untuk dilawati pon.

























 bapak le semangat shake your body muka macam tengah tolak lori bancuh simen je tu. Cabut lesung bahu kang abang oiii

siapa yang nak tengok fancam G DRAGON, INFINITE dengan HONGKI, SHINEE leh la klik sini

http://www.youtube.com/user/faroroh/videos?view=0&flow=grid